
Sejak sepak mula perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 semalam, banyak mata yang tertumpu kepada kemampuan 3 pegawai perlawanan dari Jepun yang ditugaskan untuk mengendalikan perlawanan.
Ramai peminat bola sepak tempatan, mahu melihat apakah yang mampu dibawa oleh pengadil utama perlawanan, Takuto Okabe berdasarkan reputasi beliau yang gah serta kredibiliti 2 pembantu beliau digarisan tepi padang.
Takuto Okabe jelas menunjukkan bahawa beliau bukan seorang yang mudah ‘goyang’ dengan provokasi ‘Malaysia Style‘, dan kekal tenang mengendalikan 120 minit perlawanan.
Ada diantara para peminat bola sepak Malaysia yang telah memberikan komen yang positif selepas menyaksikan aksi beliau ketika separuh masa pertama sahaja dan sudah dapat melihat bagaimana seorang pengadil yang berkualiti mengendalikan perlawanan.
Kita ikuti beberapa reaksi dan komen peminat bola sepak mengenai prestasi Takuto Okabe semalam.
- Positioning, stamina, decision making ability, komunikasi dan self-control menjadi fokus kepada penonton perlawanan ini.
@FAM_Malaysia Bukan setakat kualiti permainan bola sepak je kita ketinggalan ngan Jepun. Kualiti pengadil pon kita jauh ketinggalan. Tengok je pengadil game Perak vs Kedah ni. Positioning, stamina, decision making ability, communication, self-control. World class! #FACup2019
— M Dahlan M Noor (@DahlanNoor) July 27, 2019
2. Tiada keputusan yang pelik dilakukan oleh pengadil.
Tapi inisiatif MPL panggil pengadil Jepun ni aku puji la, setakat ni kurang/takde decision pelik yang diorang buat. Nak bias macamana, paling-paling pun diorang tahu Kedah ada padi, Perak ada Gua Tempurung. Tak bebaloi lalu nak bias.
— Izzat (@EmirHakimi) July 27, 2019
3. Pengadil Malaysia patut belajar bagaimana untuk mengendalikan perlawanan dan membuat keputusan yang baik dan tegas.
Pengadil malaysia patut belajaq dari pengadil jepun mlm ni mcm mn nak handle game. Decision semua baik and tegas. Tak bagi can
— NY (@msnby_) July 27, 2019
4. Berjaya mengawal perlawanan dengan baik serta tidak mudah termakan provokasi pemain.
Pengadil jepun ni kawal game dengan sangat baik. Tak takut provok dari player. Bukan stakat tak takut tapi tak layan langsung.
Kenapa susah Malaysia nak dapat kualiti pengadil macam ni ? https://t.co/2QnvuKzrvf
— BADRUL (@BadFahmi) July 27, 2019
5. Pemain RESPECT pengadil dan pengadil RESPECT pemain. Game cantik, flow baik. No argument.
Hari ni. Final Piala FA. Kita dapat tengok. Bila player itu #respect pengadil. Pengadil pun #tespect player. Game cantik. Flow baik. No argument 👍🏻. #RESPECT
— cukot (@ShukorKort) July 27, 2019
6. 3 pegawai perlawanan itu jelas lebih tinggi tahap kualiti mereka berbanding pengadil tempatan. Perlawanan lebih menghiburkan.
Tahniah @MFL_MY atas kejayaan Final FA Cup. Sgt menghiburkan. Terimakasih kerana bawa pengadil dan penjaga garisan import. Tinggi taraf pengadil tu banding local. Permainan jadi menghiburkan jika pengadil sebegini mengadili perlawanan.
— MrMrsHerna74 (@Herna_74) July 27, 2019
7. Tiada kata-kata ‘pengadil bodoh’ dilemparkan oleh peminat walaupun mungkin ada beberapa bantahan. Pengadil menunjukkan konsistensi, accurate dan tegas. Tindakan yang bagus memilih mereka malam ini.
Some perak fans who were sitting with me do have certain objections for some of the ref's decisions, but no pengadil bodoh were said, particularly because we know they weren't. Accurate, consistent, firm. It's a right call to have them here tonight.
— hazirah (@hzrhkamal) July 27, 2019
Komen-komen dari laman Facebook juga dibanjiri dengan maklum balas positif mengenai pengadil Jepun ini.
Rata-rata para peminat bola sepak menyatakan bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh Takuto Okabe cukup konsisten seolah-olah memiliki penglihatan yang cukup tajam.
Bukan sahaja pengadil utama menerima pujian, pembantu pengadil juga turut diperhatikan dan jelas mempamerkan kualiti yang dinantikan oleh peminat bola sepak Malaysia.
Banyak komunikasi dengan pembantu beliau sebelum membuat beberapa keputusan dan ini jelas kelihatan walaupun jika anda berada di stadium.
Anda boleh membaca profil semua 3 orang pengadil Jepun seperti yang kami keluarkan beberapa hari yang lalu untuk lebih kenal siapa mereka ini.
Jika berminat untuk memahami bagaimana struktur piramid pengadil Jepun, sila baca artikel Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Struktur Piramid Pengadil Bola Sepak Jepun.
Mungkin ada yang kurang bersetuju untuk membawa pegawai perlawanan dalam saingan akhir Shopee Piala FA 2019 ini, tetapi selepas melihat apa kualiti dan perbezaan yang mereka pamerkan semalam, Takuto Okabe serta 2 pembantu beliau Yagi Akane dan Nomura Osamu jelas berada dalam kelas tersendiri yang mungkin boleh dijadikan rujukan para pengadil tempatan untuk terus maju.
APA KOMEN ANDA?