Teka-teki mengenai masa depan bekas Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin akhirnya terjawap apabila beliau rasmi menjagi sebahagian daripada anggota kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini diumumkan oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menerusi laman media sosial rasmi beliau dimana Khairy dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan juga menjadi anggota sebahagian Lembaga Pengarah JDT.

“Saya telah bertemu Khairy Jamaluddin & bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor & sebahagian Lembaga Pengarah JDT. Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia & kemajuan bola sepak Johor,” katanya.

Sebelum ini, Khairy mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana menjemput beliau untuk menjadi sebahagian daripada pasukan dan menganggap kelab itu sebagai kelab terbaik di Malaysia ketika ini.

“Terima kasih TMJ kerana menjemput saya menjadi sebahagian daripada keluarga JDT. Pasukan ini memang pasukan terbaik di Malaysia. Lebih kurang dah boleh confirm. Perkara ini serius, bukan perkara main-main. Dulu waktu umum saya jadi DJ Hot FM pun orang ingat main-main, tak serius. Saya boleh je (terima tawaran sebagai CEO JDT), kita multi-tasking dengan tugas sebagai DJ radio,” katanya