Pemain pertahanan skuad B-22 tahun negara, Quentin Cheng bakal kembali ke pangkuan Selangor musim hadapan setelah beraksi bersama Penang secara pinjaman musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Quentin masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Selangor.

Quentin menyertai Selangor pada musim 2020 setelah beraksi di liga bawahan Australia bersama Sutherland Sharks. Musim pertama beliau menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu beraksi bersama skuad pembangunan, Selangor 2 salam saingan Liga Premier.

Musim 2021 menyaksikan Quentin dihantar ke Penang sebagai pemain pinjaman bagi membolehkan pemain itu meraih pengalaman serta mendapat minit bermain yang cukup dalam saingan Liga Super.

Bersama Penang, Quentin menjadi salah satu pemain penting Tomas Trucha dimana beliau terlibat dalam kebanyakan perlawanan Liga Super kelab dari utara tanah air itu sekaligus membantu pasukan itu menamatkan saingan di tangga ketiga.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh pemain kacukan Malaysia-Australia itu turut menarik perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan skuad B-22 tahun negara, Brad Maloney untuk memanggil Quentin beraksi dalam dua aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan selain kelayakan AFC B-23 tahun baru-baru ini.

Quentin Cheng
Sumber Gambar: Penang FC

Selain Quentin Cheng, seorang lagi pemain Penang iaitu Samuel Somerville dikhabarkan turut menyertai Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Sama seperti rakan sepasukan, Samuel turut dipanggil bagi beraksi bersama skuad kebangsaan pada perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu(UAE) pada Jun lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Bojan Hodak Merendah Diri, Anggap Selangor Pasukan Pilihan

Pegawai Skuad B-23 Malaysia Disahkan Positif COVID-19, Tempoh Kuarantin Pemain Dilanjutkan

Samuel Somerville Tinggalkan Penang, Bakal Sertai Selangor