Penjaga gol skuad kebangsaan, Samuel Somerville dilaporkan meninggalkan Penang FC dan bakal menyertai Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Samuel dikhabarkan menandatangani kontrak selama dua musim bersama skuad Gergasi Merah itu.

Samuel menjadi penjaga gol nombor satu Penang sejak menyertai pasukan itu pada musim 2020 dan beliau turut membantu kelab dari utara tanah air itu memenangi saingan Liga Premier musim lalu sekaligus dipromosikan ke saingan Liga Super musim ini.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu terus menampilkan prestasi cemerlang dimana beliau membantu Penang menamatkan saingan liga di tangga ketiga, dua mata dibelakang Kedah Darul Aman yang menduduki tempat kedua dan tiga mata dihadapan Terengganu yang menghuni tangga keempat.

Aksi cemerlang bersama Penang juga berjaya membuka mata ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe untuk memanggil Samuel bagi beraksi dalam perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Samuel Somerville
Sumber Gambar: FAM

Prestasi yang ditampilkan oleh Penang ini nyata mengejutkan ramai pihak memandangkan mereka dianggap sebagai pendatang baharu dalam saingan Liga Super musim ini.

Namun, kemampuan pengendali pasukan, Thomas Truca serta pemain yang berjaya mengekalkan momentum sepanjang musim selain kualiti yang dimiliki menjadi faktor utama mengapa Penang mengejutkan ramai pihak musim ini.

Kemasukan Samuel Somerville ini dilihat bakal menjadi pencabar utama kepada penjaga gol nombor satu Selangor ketika ini iaitu Khairul Azhan.

Selangor turut mempunyai dua penjaga gol yang pernah beraksi bersama skuad B-19 tahun negara seperti Sikh Izhan Nazrel dan Firdaus Irman yang banyak beraksi bersama skuad pembangunan dalam saingan Liga Premier musim i i.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

JDT Bakal Muktamadkan Perjanjian Bernilai Jutaan Dolar Amerika Dengan Syarikat Gergasi Antarabangsa

G-SHOCK Dan FAM Lancar Jam Tangan Edisi Terhad Kedua Yang Lebih Bergaya

Irfan Bakti Bangga Dengan Kemampuan Nafuzi Zain Bimbing Terengganu