Kelab yang beraksi dalam saingan EFL Championship, Peterborough United bakal melepaskan beberapa pemain apabila musim 2021/2022 menutup tirai dan salah satunya ialah pemain kacukan Malaysia iaitu Kobe Chong.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana baru-baru ini, Peterborough melepaskan pemain seperti pemain pertahanan, Connor Peters serta pemain tengah iaitu Kobe serta Ethan Bojang.

“Ketiga-tiga pemain akan meninggalkan London Road pada musim panas ini. Peters merupakan anak tempatan yang menghabiskan saingan musim lalu bersama Yaxley secara pinjaman manakala Kobe dan Ethan yang beraksi bersama kelab non league juga secara pinjaman bakal meninggalkan pasukan,” dipetik dari laporan Peterborough Telegraph.

Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini menyertai sesi percubaan bersama beberapa kelab seperti Brentford dan hampir menyertai kelab yang baru dipromosikan ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Namun, atas beberapa sebab, perjanjian antara kedua pihak tidak dapat diselesaikan sekaligus memaksa Kobe untuk menyertai sesi ujian bersama kelab lain.

Kobe Chong kemudiannya menandatangani kontrak bersama Peterborough dan pengurus skuad akademi, Kieran Scarff menyifatkan pemain itu sebagai satu rekrut yang baik bagi pasukan.

Kobe Chong
Kobe Chong

“Kobe ialah pemain yang kami kesan apabila beliau beraksi dalam saingan non league. Dia telah bersama kami lebih kurang empat minggu dimana beliau menyertai sesi latihan dan beberapa perlawanan persahabatan dan Kobe menjaringkan dua gol.

“Dia mempunyai latar belakang yang menarik. Kobe pernah beraksi di Itali ketika usianya 15 hingga 17 tahun. Kami melihat beliau mempunyai potensi dan kami mahu melihat apa yang dia mampu lakukan dalam tempoh semusim. Kobe merupakan satu contoh rektut baik yang dilakukan oleh kelab,” katanya.

Sehingga artikel ini ditulis, Kobe masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masa depannya setelah Peterborough memutuskan untuk tidak menyambung khidmat beliau.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Lewandowski Beri Bayangan Semakin Hampir Tinggalkan Bayern Munich

EPL: Tottenham Ajar Arsenal, Conte Label Arteta Kaki Kompelin

Chiellini Rasmi Akan Tinggalkan Juve Untuk Berikan Peluang Kepada Pemain Muda