Ketika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan keputusan untuk melantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih skuad senior pasukan bolasepak kebangsaan, terdapat suara suara yang meminta dan ‘menasihati’ agar jurulatih dari Korea Selatan ini segera belajar dan memahami budaya bolasepak Malaysia.

Terkesima juga membaca beberapa berita sebegini dicampur dengan perasaan bercampur baur. Atas alasan apa beliau perlu memahami ‘budaya’ bolasepak Malaysia? Adakah ‘budaya’ yang diterapkan dalam bolasepak Malaysia ini boleh dibanggakan? Adakah budaya yang disebut sebut itu pernah membawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi?

Untuk ulasan panjang lebar mengenai isu budaya ini, kita memetik kata kata seorang influencer bolasepak terkenal, beliau ada menyebut langkah yang perlu dilakukan FAM, adalah mempersiapkan pemain kebangsaan melalui penganjuran liga yang sistematik dan tersusun.

Kim Pan-gon
Sumber Gambar: FAM

Adakah liga kita tersusun dari segi jadual? Adakah dalam semusim liga kita, jadual liga kita dilihat mengutamakan perlawanan pasukan kebangsaan? Belum lagi dicampur dengan pelbagai lagi isu di luar padang yang berbangkit seperti kegagalan kelab menyediakan fasiliti yang baik dalam memberi kemudahan asas yang baik dalam meningkatkan kekuatan pemain tidak kira dari segi mental dan fizikal.

Jadi sebenarnya, atas alasan apa perlunya Kim Pan-gon untuk membazir masa beliau bagi mengenali budaya bolasepak Malaysia yang serba serbi tidak kena ini? Pan-gon dilantik bersama barisan kejurulatihannya adalah untuk memberi nafas baru kepada skuad kebangsaan.

Pemain-pemain yang bakal dipilih membarisi skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 23 Mac serta Singapura pada 26 Mac, perlu bersedia untuk meninggalkan segala memori buruk pada Piala AFF Suzuki 2020 yang lain. Sudah tentu mereka juga perlu mempersiapkan diri bagi bertemu dengan Kim Pan-Gon di bilik persalinan kelak.

Ketika FAM hanya ‘menyenaraikan’ dua sahaja nama bakal penolong ketua jurulatih tempatan, Kim Pan-Gon terus mengikut budaya FAM dan tetap mahu membuat sesi temuduga bakal pembantu beliau yang merupakan orang tempatan yang dirasakan sesuai.

Bakal pembantu beliau ini yang sebenarnya perlu memahami budaya bolasepak Malaysia dan membuat analisis yang tepat dalam menyalurkan maklumat kepada Encik Kim di mana daripada analisis tersebut, Pan-gon boleh membuat keputusan yang tepat tidak kira pada sesi latihan pusat mahupun perlawanan kompetitif.

Apapun, diharapkan Kim Pan-gon akan terus maju jaya sebagai ketua jurulatih skuad senior pasukan kebangsaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

JDT & Malaysia Airlines Jalin Hubungan, Mahu Martabatkan Bola Sepak Tempatan Ke Tahap Tertinggi

“Milik Siapa?” – Penampakan Rokok Marlboro Dan Lighter Alladdin Atas Meja Cetus Tanda Tanya Netizen.

Sabah Lancarkan Jersi Musim 2022, Gunakan Slogan “12” Dan “My Skin”