Pasukan Perak baru-baru ini mengumumkan mereka telah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama dengan empat pemain import untuk menamatkan kontrak mereka secara serta-merta.

Perkara ini dikongsikan oleh pasukan itu menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana empat pemain yang dimaksudkan ialah Samir Ahmed Ayass (Lubnan), Mountala Zoubairou Garba Daniel (Cameroon-Indonesia), Ghislain Guessan (Ivory Coast) dan Nana Poku (Ghana).

“Perak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pemain tersebut yang telah bersama pasukan biarpun kelab terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik sebelum ini. Pihak kelab juga berharap khidmat para pemain tersebut akan terus ditagih kelab-kelab baharu mereka pada masa akan datang.

“Penamatan kontrak keempat-empat pemain tersebut juga dimuktamadkan setelah pihak pengurusan berbincang dengan barisan kejurulatihan dan mengambil kira pelbagai aspek yang perl diteliti terlebih dahulu sebelum keputusan tersebut diambil,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab.

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan kelab juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Samir, Mountala Garba, Ghislain dan juga Poku.

Dengan penamatan empat pemain import di atas, Perak akan meneruskan saingan TM Piala Malaysia 2021 dengan baki pemain import sedia ada seperti Jad Ahmad Noureddine (Lubnan), Charles William Hew Machell (England) dan Sergio Ezequiel Aguero (Argentina) sera dibantu para pemain muda Perak Il yang berbakat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Ryuji Utomo Bakal Kembali Ke Pangkuan Persija

TMJ Ajak “Admin” Laman Bola Sepak Untuk Bersemuka, Adakan Sesi “Live” Untuk Penyokong

Tiga Pemain JDT Digugurkan Dari Skuad B-22 Tahun Negara