Peminat Terengganu berpendapat ketua jurulatih pasukan, Tomislav Steinbrückner untuk tidak menurunkan Liridon Krasniqi pada perlawanan saingan Liga Super 2023 menentang Negeri Sembilan.

Peminat berpendapat setakat ini masih belum ada sebarang sumbangan yang dilakukan oleh bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu selepas empat perlawanan liga yang dihadapi.

Menurut laporan Majoriti, peminat menggesa agar Tomislav Steinbrückner menurunkan pemain lain di bahagian tengah berbanding Liridon Krasniqi bagi memastikan jentera tengah lebih berfungsi.

Tomislav Steinbrückner Liridon Krasniqi
Sumber Gambar: Terengganu

Liridon menyertai Terengganu secara pinjaman dari JDT selama setahun dimana sebelum ini beliau beraksi di Thailand bersama Khon Kaen United.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) pernah menegur pemain berusia 31 tahun itu ekoran kenyataan yang dikeluarkan di laman media sosial.

Sebelum perlawanan Piala Sumbangsih antara kedua-dua pasukan, Liridon mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sepasukan di laman media sosial Instagram miliknya.

TMJ
TMJ

“Selamat maju jaya rakan sepasukan. Sayangnya, saya tidak dapat bersama pada aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya,” kata Liridon.

Perkara ini nyata kurang disenangi oleh TMJ dimana beliau memberitahu Liridon Krasniq agar mengingatkan pasukannya ketika ini agar membayar gajinya.

“Beritahu rakan sepasukan kamu untuk membayar gaji kamu,” kata Tunku Ismail.

Baru-baru ini, Terengganu berjaya menamatkan penantian mereka untuk meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Super musim ini setelah menewaskan PDRM dengan keputusan 1-0.

Sardor Kulmatov menjaringkan gol tunggal pada perlawanan tersebut sekaligus menjadi gol pertama yang dijaringkan oleh Terengganu musim ini.