Pemain pinjaman Terengganu, Liridon Krasniqi mendapat perhatian daripada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) ekoran komen yang dibuat oleh pemain itu baru-baru ini.

Sebelum perlawanan Piala Sumbangsih antara kedua-dua pasukan, Liridon mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sepasukan di laman media sosial Instagram miliknya.

“Selamat maju jaya rakan sepasukan. Sayangnya, saya tidak dapat bersama pada aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya,” kata Liridon.

TMJ Liridon Krasniqi
TMJ

Perkara ini nyata kurang disenangi oleh TMJ dimana beliau memberitahu Liridon Krasniq agar mengingatkan pasukannya ketika ini agar membayar gajinya.

“Beritahu rakan sepasukan kamu untuk membayar gaji kamu,” kata Tunku Ismail.

Sebagai rekod, pemain naturalisasi negara itu tidak dapat diturunkan ekoran syarat pinjaman yang dipersetujui kedua-dua pasukan di mana pemain JDT yang berstatus pinjaman tidak boleh beraksi menentang skuad Harimau Selatan.

JDT berjaya muncul sebagai pemenang Piala Sumbangsih musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 hasil jaringan daripada Juan Muniz dan Bergson da Silva.

Kemenangan tersebut bukan sahaja memberikan trofi kepada JDT, namun juga memberikan tiga mata pertama kepada skuad bimbingan Esteban Solari itu.