Peminat Jerman mempersoalkan gol kontroversi Jepun menentang Sepanyol yang mengesahkan kemaraan pasukan Asia itu ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022.

Ia juga menyebabkan Jerman tersingkir daripada Piala Dunia. Gol tersebut telah membawa kepada perdebatan besar sama ada ia sepatutnya diberian atau tidak – kerana bola kelihatan melepasi garisan ketika fasa binaan gol itu.

Ao Tanaka menjaringkan gol untuk Jepun dari jarak dekat ketika Jepun bangkit dari ketinggalan untuk mendahului menentang lawan Eropah mereka untuk memastikan salah satu keputusan paling epik dalam sejarah bola sepak mereka.

Ianya berlaku selepas mereka sebelum ini mengejutkan Jerman dalam aksi terdahulu.

Pengadil meminta bantuan VAR untuk menentukan sama ada gol itu bersih atau sebaliknya.

Bola itu kelihatan terkeluar dari permainan sebelum Kaoru Mitoma menyilangkan semula bola masuk ke dalam kotak penalti untuk membolehkan Tanaka menjaring

Ada yang menganggap bola jelas sekali sudah terkeluar pada pandangan ini:

Namun sebenarnya dalam peraturan bola sepak, bola seharusnya keluar secara keseluruhan barulah dikira terkeluar.

Dalam kes Jepun tersebut, bola terkeluar pada bahagian bawah bola, namun di bahagian diameter dari pandangan atas bola masih berada dalam permainan.

Jadi ada peminat yang menjelaskan tentang perspektif dan sudut pandangan adalah perkara sangat penting.

Ramai juga peminat menganggap keputusan pengadil adalah tepat. Jepun layak dihadiahkan gol tersebut.

VAR melihat bola tersebut daripada sudut pandangan atas.

Kes ini dikaitkan dengan kes ketika John Stones mengeluarkan bola daripada masuk ke gawang Man City satu ketika dahulu. Di mana bahagian bawah bola sudah melepasi garisan, tetapi diameter bola masih tidak.

Seorang wartawan bola sepak menjelaskan dengan ringkas situasi gol tersebut:

Walaupun peminat rata rata berbelah bagi tentang perkara tersebut. Apa yang pasti, Jepun berjaya mengejutkan semua pihak dengan menjadi juara kumpulan yang turut ada Sepanyol dan Jerman.

Jepun mara ke peringkat 16 akhir sebagai juara kumpulan.

Jerman mengalami penyingkiran di peringkat kumpulan buat dua kali berturut turut dalam Piala Dunia. Ianya rekod yang tidak diingini pasukan yang menjadi juara dunia pada 2014 itu.