Insiden panas antara Vinicius Jr dengan pemain Real Mallorca, Maffeo dan Raillo menjadi perhatian ramai.

Ini selepas 2 pemain tersebut dilihat mengejek Vinicius Jr.

Maffeo dilihat mengejek Vinicius dengan isyarat dia kuat merengek.

Dan satu lagi insiden di mana Vinicius dilihat seolah olah dipaksa mencium logo Real Mallorca oleh Raillo.

https://twitter.com/RedCacheLife/status/1622243119071903746

Vinicius turut dikasari beberapa kali dalam perlawanan tersebut.

Selepas tamat perlawanan, Vinicius turut diejek oleh penyokong lawan ketika dia menandatangani autograf untuk sekumpulan penyokong Real Madrid.

Selepas tamat perlawanan, Ancelotti berkata:

“Pada pandangan saya, semua yang berlaku, bukan kerana salah Vinicius.”

“Dia cuma mahu bermain bola sepak tetapi atmosfera di dalam stadium memprovokasinya. Pemain lawan memprovokasi dia dan mengasarinya.”

“Kemudian semua orang akan kata itu semua salah Vinicius yang menjadi punca.”

“Rasanya kita harus tengok balik perlawanan hari ini dan tengok sendiri apa yang berlaku.”

Peminat Mallorca memberikan respon kepada Ancelotti. Di mana mereka menyatakan Vinicius yang memulakan dahulu, menunjukkan logo Real Madrid kepada penyokong Mallorca ketika rehat separuh masa.

Perkara itu yang membuatkan pemain pemain lawan semakin panas dan melayan Vinicius dengan lebih agresif.

Tetapi peminat Real Madrid mempertahankan tindakan Vinicius yang menurut mereka sebagai respon kepada ejekan yang dia terima sejak awal perlawanan lagi.

Mendengarkan komen daripada Carlo Ancelotti, dua pemain Mallorca itu mendedahkan sendiri apa yang dikatakan Vinicius kepada mereka.

Di mana Vinicius dituduh merendah rendahkan gaji dua pemain itu bermain untuk kelab kecil seperti Mallorca.

Vinicius berkata: “Apabila kamu tamat karier bola sepak kamu nanti, kamu masih perlu mencari kerja lain untuk meneruskan kehidupan.”

“Sebab kamu tak akan pernah memiliki wang sebanyak yang saya miliki.”

Ramai peminat Real Madrid menganggap pendedahan itu tidak benar. Kerana mereka yakin Vinicius Jr seorang pemain yang sangat rendah diri.