Carlo Ancelotti kecewa dengan layanan pasukan lawan ke atas Vinicius Jr di Sepanyol sejak akhir akhir ini. Di mana pengendali asal Itali itu terbuka mempertahankan Vinicius yang menurutnya seorang yang tak pernah memprovokasi orang lain dan hanya mahu bermain bola sepak.

Sejak beberapa musim ini, Vini Jr kerapkali menjadi sasaran pemain dan penyokong lawan.

Ini termasuk kritikan yang diterimanya kerana dia menari nari meraikan gol.

Terbaru, dalam aksi berdepan Real Mallorca, Ancelotti mempersoalkan perlindungan daripada pengadil ke atas bintang sayap Real Madrid itu.

Real Madrid tewas mengejut di tangan Mallorca dengan beberapa insiden pemain lawan dilihat mengejek Vinicius Jr di dalam padang.

Antaranya, pemain lawan dilihat mengejek Vinicius dengan isyarat dia kuat merengek.

Dan satu lagi insiden di mana Vinicius dipaksa mencium logo Real Mallorca oleh Raillo.

https://twitter.com/RedCacheLife/status/1622243119071903746

Vinicius turut dikasari beberapa kali dalam perlawanan tersebut.

Selepas tamat perlawanan, Vinicius turut diejek oleh penyokong lawan ketika dia menandatangani autograf untuk sekumpulan penyokong Real Madrid.

Selepas tamat perlawanan, Ancelotti berkata:

“Pada pandangan saya, semua yang berlaku, bukan kerana salah Vinicius.”

“Dia cuma mahu bermain bola sepak tetapi atmosfera di dalam stadium memprovokasinya. Pemain lawan memprovokasi dia dan mengasarinya.”

“Kemudian semua orang akan kata itu semua salah Vinicius yang menjadi punca.”

“Rasanya kita harus tengok balik perlawanan hari ini dan tengok sendiri apa yang berlaku.”

Peminat Mallorca memberikan respon kepada Ancelotti. Di mana mereka menyatakan Vinicius yang memulakan dahulu, menunjukkan logo Real Madrid kepada penyokong Mallorca ketika rehat separuh masa.

Perkara itu yang membuatkan pemain pemain lawan semakin panas dan melayan Vinicius dengan lebih agresif.

Tetapi peminat Real Madrid mempertahankan tindakan Vinicius yang menurut mereka sebagai respon kepada ejekan yang dia terima sejak awal perlawanan lagi.

Vinicius Jr terus menjadi pemain penting Real Madrid. Namun kali ini bintang antarabangsa Brazil itu gagal membantu pasukannya untuk menang. Membuatkan Real kini berada 8 mata di belakang Barcelona.