Ketua pasukan Kuala Lumpur (KL) City, Paulo Josue Sturmer dos Reis dilaporkan sudah melepasi segala ketetapan diperlukan untuk melayakkan beliau sebagai pemain naturalisasi negara.

Perkembangan terkini itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard Samuel menerusi sumber laporan dikeluarkan wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Sehubungan dengan itu, Josue menjadi pemain keenam yang mendapat kerakyatan Malaysia hasil projek naturalisasi selepas Mohamadou Sumareh (Gambia), Liridon Krasniqi (Kosovo), Guilherme De Paula (Brazil), Lee Tuck (England) dan Sergio Aguero dari Argentina.

Josue yang merupakan pemain kelahiran Brazil mula menyertai kelab tersebut pada pertengahan musim 2017 dan telah membuat lebih daripada 80 penampilan dalam semua pertandingan.

Pencapaian terbaiknya berjaya KL City sudah pasti kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2021 dan layak ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 serta muncul penjaring terbanyak kejohanan tersebut bersama Jasur Hasanov (Sogdiana) dan Pedro Paulo dari Viettel FC.

Sudah lama berada di Kuala Lumpur serta sumbangan berkualiti yang masih mampu dijelmakan pemain berusia 34 tahun itu telah mendorong Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan KL City untuk menjadikan beliau sebagai pemain naturalisasi.

Malah, Josue dilihat masih berkemampuan untuk memberikan sesuatu yang positif buat jentera tengah skuad Harimau Malaya.

Selain Paulo Josue, seorang lagi tonggak utama KL City iaitu Romel Morales juga difahamkan akan turut bergelar pemain naturalisasi apabila Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad pada Oktober tahun lalu bahawa proses tersebut sudah punP memasuki fasa akhir.

 

Sumber