Jika dalam artikel sebelum ini kami ada menjelaskan secara ringkas mengenai bagaimana sebuah sekolah tinggi Jepun mempunyai 192 pemain yang beraksi dalam 5 liga divisyen berbeza, kali ini kita cuba lihat bagaimana sebuah pasukan universiti pula.

Artikel tersebut boleh dibaca melalui pautan Ini Struktur Pasukan Sekolah Tinggi Nichidai Fujisawa, Ada 192 Pemain Beraksi Dalam 5 Divisyen Berbeza.

Ryutsu Keizai University terletak di Ryugasaki, dalam prefektur Ibaraki telah mempunyai kelab sukan bola sepak sejak tahun 1965. Namun pada ketika itu mereka sekadar bermain dalam liga-liga kecil disekitar kawasan universiti.

Bagaimana Nama Ryutsu Keizai University Mula Naik?

Menurut maklumat yang diperolehi dari laman web pasukan, pada tahun 1997 pasukan mereka berjaya muncul juara liga Ibaraki dan tahun 1998 bekas ketua jurulatih kelab semi-pro Mito Hollyhock iaitu Yuji Nakano menyertai pasukan Ryutsu Keizai University.

Sejak itu, Yuji Nakano telah mengatur pelbagai perancangan dan mengukuhkan ‘foundation’ pasukan dan apa yang lebih menarik sehingga hari ini beliau masih merupakan ketua jurulatih pasukan Ryutsu Keizai University.

yuji nakano
Yuji Nakano telah membina pasukan Ryutsu Keizai University ini selama hampir 23 tahun.

5 tahun pertama beliau bersama pasukan universiti adalah tempoh yang diambil bagi membina asas pasukan. Tahun pertama dibawah kendalian beliau, mereka berjaya naik ke divisyen 2 saingan Kanto University League, namun musim berikutnya terjerumus ke divisyen lebih rendah.

Selepas 4 tahun membina pasukan, pasukan Ryutsu Keizai kembali ke saingan divisyen 2 dan tahun ke-5, mereka muncul juara untuk layak ke saingan divisyen 1 Kanto Univerisity League (2003).

15 tahun berikutnya, mereka beraksi dalam saingan divisyen 1 dan berjaya muncul juara sebanyak 8 kali dalam pelbagai kejohanan.

Struktur Pasukan Ryutsu Keizai University Ketika Ini.

Berdasarkan kepada laman web rasmi mereka, ketika ini pasukan Ryutsu Keizai University mempunyai seramai 221 orang pemain secara keseluruhannya yang terdiri daripada pelajar tahun 1 sehingga tahun 4.

Berikut adalah pecahan bilangan pemain mengikut tahun pengajian;

  • Tahun 1 Pengajian: 76 orang pemain
  • Tahun 2 Pengajian: 44 orang pemain
  • Tahun 3 Pengajian: 66 orang pemain
  • Tahun 4 Pengajian: 38 orang pemain

Dengan pemain yang dimiliki, dalam tempoh 10 tahun terkini Ryutsu Keizai University berjaya 2 kali muncul sebagai juara All Japan University Soccer Tournament dan pencapaian ini hanya mampu disamakan oleh sebuah lagi pasukan tersohor iaitu Meiji University (bekas pasukan pemain antarabangsa Jepun, Yuji Nagatomo).

Berikut adalah cara RKU membentuk pasukan mengikut tahun pengajian.

  • Pelajar tahun 1 akan menyertai pasukan RKU FC, yang beraksi dalam saingan Kanto Soccer League.
  • Pelajar tahun 2,3 dan 4 akan beraksi untuk pasukan RKU Dragon Ryugasaki FC dalam saingan Japan Football League.

partner

Beberapa jenama serta syarikat terkenal turut memberikan sokongan dengan muncul sebagai rakan penaja pasukan seperti Soccer KAMO, Adidas Japan, Amino Vital dan sebagainya.

Fasiliti Lengkap Untuk Sebuah Pasukan Universiti

Sebelum kita melihat apakah fasiliti yang mereka ada, pasukan ini mempunyai 14 orang barisan kejurulatihan termasuk beberapa orang pembantu.

Diketuai oleh Yuji Nakano, beliau mempunyai 8 orang pembantu jurulatih, 1 jurulatih penjaga gol, 1 Conditioning Advisor dan 1 fisioterapi.

jurulatih

Dari segi fasiliti, RKU memiliki kemudahan tempat tinggal di 4 lokasi dengan mempunyai 57 bilik bagi para pemain mereka seperti dalam gambar dibawah.

Selain itu RKU juga turut mempunyai sebuah club house, padang latihan indoor serta kemudahan gimnasium disamping bas sebagai pengangkutan utama pasukan.

8d6490684e3bf4363ac8643d23b5cc2f DSC_4236 KV6 PH5

Video diatas adalah suasana latihan pasukan RKU ketika menggunakan padang latihan ‘indoor‘ mereka.

120 Pemain Profesional Pernah Beraksi Dengan Ryutsu Keizai University

Angka ini ada disiarkan dalam laman web mereka beserta dengan nama dan butiran lain bagi setiap pemain yang berjaya muncul sebagai pemain bola sepak profesional sama ada didalam atau luar negara.

Berikut adalah beberapa nama yang pernah menganggotai skuad Ryutsu Keizai University sebelum mereka beraksi secara profesional;

  • Tomoya Ugajin – Urawa Reds Diamond
  • Yuta Koike – Cerezo Osaka (bekas pemain STVV Belgium)
  • Yuki Muto – Urawa Reds Diamond
  • Kazuya Yamamura – Kawasaki Frontale

Hampir separuh dari jumlah ini dikatakan masih belum bersara dan masih aktif beraksi dalam saingan liga profesional tempatan.

Nota: Selain pasukan diperingkat universiti, RKU juga mempunyai pasukan sekolah tinggi sendiri yang berada di Kashima. (featured image merupakan pasukan sekolah tinggi)

Secara umumnya beginilah ‘setup‘ sebuah pasukan universiti di Jepun dan mungkin ada beberapa perkara sahaja yang membezakan bergantung kepada apa yang mereka miliki seperti contoh fasiliti dan jumlah pemain.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Ini Struktur Pasukan Sekolah Tinggi Nichidai Fujisawa, Ada 192 Pemain Beraksi Dalam 5 Divisyen Berbeza

Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.

Media Jepun Dedahkan Pelajar Sekolah Tinggi Aomori Yamada Bakal Terima Tawaran Dari Kelab Ligue 1