Anda tidak silap membaca tajuk, dan memang benar Sekolah Tinggi Nichidai Fujisawa yang terletak dalam prefektur Kanagawa ini mempunyai 192 orang pemain secara keseluruhannya.

Sekolah tinggi ini secara umumnya boleh dikategorikan seperti menengah atas di Malaysia dimana mempunyai 3 tahap iaitu tingkatan 4 (16 tahun), tingkatan 5 (17 tahun) dan tingkatan 6 (18 tahun).

192 orang pemain yang dinyatakan diatas adalah dari 3 tingkatan ini sahaja!

Ada 5 Buah Pasukan Yang Beraksi Dalam 5 Divisyen Berbeza.

Untuk menerangkan lebih lanjut mengenai perkara ini, sila teruskan pembacaan untuk lebih jelas bagaimana mereka ‘setting‘ pasukan mereka untuk mencari skuad terbaik apabila masuk ke umur 18 tahun.

Semua 192 orang pemain itu terbahagi kepada 3 peringkat umur mengikut tingkatan masing-masing dan bilangan pemain bagi setiap tingkatan adalah seperti dibawah.

  • Tingkatan 6 (Umur 18 tahun): Mempunyai 54 orang pemain.
  • Tingkatan 5 (Umur 17 tahun): Mempunyai 59 orang pemain.
  • Tingkatan 4 (Umur 16 tahun): Mempunyai 79 orang pemain

sekolah tinggi

192 Pemain Dipecahkan Kepada 5 Pasukan Dalam 5 Divisyen Berbeza

Dengan memiliki bilangan pemain yang ramai, sekolah ini mampu untuk membentuk 5 buah pasukan dari keseluruhan jumlah 192 orang ini.

Berikut adalah pecahan pasukan yang dilakukan oleh Sekolah Tinggi Nichidai Fujisawa untuk membolehkan mereka beraksi dalam 5 divisyen di Kanagawa.

Pasukan 18 tahun;

  • Dipecahkan kepada 2 pasukan iaitu A1 dan A2.
  • Pasukan A1 akan beraksi dalam saingan Liga U18 Takamado (Kanagawa) atau lebih dikenali sebagai K1 iaitu liga divisyen 1 U18 dalam prefektur Kanagawa.
  • Pasukan A2 pula akan beraksi dalam Liga U18 Takamado (Kanagawa) K2 iaitu liga U18 divisyen 2.

Pasukan 17 tahun;

  • Dipecahkan kepada 2 pasukan iaitu B1 dan B2.
  • Pasukan B1 akan beraksi dalam saingan Liga U18 Takamado (Kanagawa) atau lebih dikenali sebagai K3 iaitu liga divisyen 3 U18 dalam prefektur Kanagawa.
  • Pasukan B2 pula akan beraksi dalam Liga U18 Takamado (Kanagawa) K4 iaitu liga U18 divisyen 4.

Pasukan 16 tahun;

  • Skuad ini merupakan paling junior dan baru sahaja menyertai pasukan.
  • Oleh kerana kesukaran untuk bersaing dan menyesuaikan diri serta mendapatkan minit permainan, mereka akan beraksi dalam liga yang dikenali sebagai Rookie League – ditaja oleh Mizuno.

Jadi, sekolah ini mempunyai 5 pasukan iaitu (A1, A2, B1, B2 dan U16) dan beraksi dalam 5 divisyen liga remaja di prefektur Kanagawa!

Berapa Orang Jurulatih Ada?

Selepas melakukan tinjauan dilaman web rasmi pasukan bola sepak ini, kami dapati bahawa mereka mempunyai beberapa orang yang bertanggungjawab untuk membina dan melatih pasukan seperti dibawah;

  • Pengarah pasukan
  • Ketua jurulatih
  • 2 Penasihat menengah atas
  • Ketua jurulatih (menengah rendah)
  • 1 penasihat (menengah rendah)
  • 1 Scouting
  • 5 pembantu jurulatih
  • 2 jurulatih penjaga gol
  • 1 jurulatih kecergasan

Ini adalah maklumat yang berjaya diperolehi berdasarkan laman web rasmi pasukan bola sepak Sekolah Tinggi Nichidai Fujisawa.

Berapa Ramai Jumlah Murid Sekolah Tinggi Nichidai Fujisawa?

Berdasarkan maklumat yang diambil dari laman web rasmi sekolah, secara keseluruhannya Sekolah Tinggi Nichidai Fujisawa ini mempunyai 1,733 orang murid dimana 859 orang adalah murid lelaki dan 874 orang adalah murid perempuan.

u18
Skuad berumur 18 tahun.

Nota: Sekolah ini juga mempunyai 363 orang murid bagi sekolah menengah rendah.

Ini adalah satu contoh yang lebih mendalam bagaimana Jepun membangunkan bola sepak remaja mereka dan perkara ini tidak pernah kami dedahkan dimana-mana platform lagi.

Sekiranya 1 sekolah mempunyai setup sebegini rupa, mengikut data yang kami perolehi Jepun mempunyai kira-kira 4,874 buah sekolah tinggi diseluruh negara, bayangkan berapa ramai pool pemain bawah 18 tahun yang mereka miliki sebenarnya.

Mungkin maklumat tidak seberapa ini boleh memberikan sedikit gambaran kepada pembaca mengapa saban tahun kita menyaksikan pemain-pemain Jepun mendapat tawaran dari kelab-kelab eropah apabila mencecah usia 19 atau 20 tahun lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel menarik lain yang telah kami sediakan dibawah.

FIFA Iktiraf 89 Gol Antarabangsa Mokhtar Dahari, Tempat Ke-3 Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.

3 Pemain Malaysia Tersenarai Dalam ‘FIFA Century Club’, Soh Chin Ann Bakal Menerajui Senarai Jika Diluluskan