Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo dilihat hadir pada perlawanan kejohanan empat penjuru iaitu King’s Cup 2022 antara Malaysia menentang tuan rumah iaitu Thailand.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana Hang-seo dilihat duduk di tempat duduk VIP pada aksi yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai semalam.

Ramai yang beranggapan Hang-seo hadir untuk mengkaji corak permainan Malaysia dimana kedua-dua pasukan didundi dalam kumpulan yang sama untuk saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang akan berlangsung pada Disember ini.

Selain itu, pasukan negara juga dibimbing oleh ketua jurulatih baharu sekaligus menjadikan Park Hang-seo mahu melihat secara langsung bagaimana Kim Pan-gon menyusun corak permainan pasukan negara.

Malaysia berjaya mara ke pentas akhir saingan King’s Cup 2022 setelah menewaskan Thailand menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 pada 90 minit permainan.

Sebelum itu, Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi percubaan La’Vere Corbing-Ong. Ketika pasukan negara sedang berkira-kira untuk merayakan kemenangan, Nur Azam Azih telah diperintahkan keluar padang ekoran kekasaran dilakukannya untuk sepakan percuma buat Thailand.

Sepakan diambil oleh Sumanya Purisai yang terus mencari pemain pertahanan, Pansa Hemviboom sekaligus menyamakan kedudukan pada saat akhir dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Ahmad Syihan menjadi wira apabila beliau bertindak cemerlang dalam menepis sepakan yang diambil Supachok Sarachart dan kemudiannya Corbin-Ong memastikan skuad Harimau Malaya ke perlawanan akhir.

Tajikistan akan menjadi lawan pasukan negara pada perlawanan akhir dimana pasukan itu berjaya menewaskan Trinidad & Tobago dengan keputusan 2-1 pada perlawanan sebelah petang.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 25 September ini dan peminat bolah menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di TV9.