Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo mahu memanggil pemain yang berpangkalan di Eropah bagi memperkuatkan pasukan itu untuk menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada hujung tahun ini.

Seorang pemain menarik perhatian Hang-seo iaitu pemain pertahanan yang beraksi dalam saingan Ligue 2, divisyen dua liga bola sepak Perancis iaitu Jason Pendant Quang Vinh dan jurulatih dari Korea Selatan itu mahu Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) agar segera melengkapkan proses kerakyatan pemain tersebut.

Park Hang-seo
Sumber Gambar: Webthethao

“Antara pemain yang berpangkalan di luar negara, Jason adalah salah satu nama yang paling mendapat perhatian. Pemain berusia 25 tahun itu sedang melengkapkan proses kerakyatan Vietnam. Selain itu, dia mahu menunjukkan kualitinya kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan,” dipetik dari laporanmedia tempatan.

Jason Pendant mempunyai kaitan dengan Vietnam menerusi ibunya dan beliau ketika ini beraksi bersama Quevilly-Rouen dalam saingan Ligue 2. Sebelum ini, beliau pernah menyarung jersi beberapa kelab di Perancis antaranya Sochaux dan pemain ini sempat beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat bersama New York Redbulls.

Pada masa yang sama, Park Hang-seo mempunyai misi peribadi iaitu mahu merampas semula kejuaraan Piala AFF yang dimenangi oleh Thailand yang dikendalikan oleh Alexandre Polking pada saingan edisi 2020.

Nguyen Quang Hai Jaringkan Gol Pertama Bersama Pau FC

“Saya mahu memenangi semula Piala AFF. Kami pernah memenangi trofi tersebut pada tahun 2018 dan perkara ini berjaya menggembirakan para penyokong Vietnam. Malangnya, pada edisi lalu, kami tewas kepada Thailand sekaligus gagal mempertahankan piala itu.

“Untuk edisi kali ini, kami mahu menebus kekecewaan tersebut. Untuk jangka masa yang panjang, saya akan lakukan yang terbaik demi bola sepak negara ini,” tambah Hang-seo.

Sebelum ini, Hang-seo lebih gemar untuk menggunakan pemain tempatan dalam pasukannya dan ini akan menjadi percubaan awal beliau dalam menggunakan pemain kacukan bagi membawa cabaran pasukan Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Bola Sepak Indonesia Kembali Berduka, Seorang Penyokong PSS Sleman Meninggal Dunia

Tiada Lagi DNA Jerman Dalam Pasukan Selangor Musim Depan