Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam B-23 tahun, Park Hang-seo memuji Malaysia selepas aksi separuh akhir temasya Sukan SEA 2021 dimana beliau menganggap pasukan negara mempunyai barisan pemain yang berkualiti.

Vietnam sekali lagi mara ke perlawanan akhir setelah jaringan tunggal penyerang mereka pada minit ke-110, Nguyen Tien Linh sudah cukup untuk memberikan kepada juara bertahan itu.

Selepas perlawanan, Hang-seo menegaskan pasukan bimbingannya melalui satu perlawanan yang sukar dimana Malaysia berjaya memberikan cabaran kepada pasukan tuan rumah.

“Saya rasa pasukan Malaysia, baik senior mahupun B-23 tahun mempunyai kualiti yang tersendiri. Mereka mempunyai barisan pemain yang berkualiti.

“Saya fikir sekiranya Malaysia dan Vietnam selalu bersaing seperti ini, ia akan membantu dalam meningkatkan mutu bola sepak di rantau Asia Tenggara,” kata Park Hang-seo.

Pasukan negara menampilkan prestasi yang baik dan para pemain boleh menyerap segala asakan yang dilakukan oleh pasukan tuan rumah. Namun, kesilapan ketika masa tambahan nyata membawa padah.

Park Hang-seo
Nguyen Tien Linh

Ketika permainan memasuki minit ke-110, Tien Linh menceriakan kem Vietnam apabila beliau berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan percuma yang diambil ketua pasukan, Do Hung Dung sekaligus jaringan tersebut membawa mereka ke perlawanan akhir.

Di pentas perlawanan akhir, Vietnam akan berdepan dengan Thailand yang menewaskan Indonesia di peringkat separuh akhir juga dengan keputusan 1-0 dan gol dijaringkan pada minit ke-95.

Aksi lewat permainan bagaimanapun dicemari dengan pergaduhan pemain sehingga menyebabkan Firza Andika, Rachmat Irianto, Ricky Kambuaya dan seorang pemain Thailand dilayangkan kad merah.

Menjelang aksi berdepan Thailand, Hang-seo menegaskan beliau dan staf kejurulatihan pasukan telah membuat kajian terhadap skuad bimbingan Alexandre Polking itu.

“Mengenai perlawanan akhir menentang Thailand, kami telah melihat banyak video dan belajar mengenai mereka. Hari ini kami baru saja menamatkan saingan separuh akhir.

“Esok saya dan pembantu saya akan berbincang dan akan membahas mengenai strategi untuk berdepan Thailand,” tambah Hang-seo.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Sukan SEA 2021 di sini:

Sukan SEA 2021: Gol Masa Tambahan Vietnam Ranapkan Impian Final Skuad Negara

Sukan SEA 2021: Gol Weerathep Pastikan Indonesia Hampa, Bawa Thailand Ke Final

Park Hang Seo Tidak Tidur Malam Kaji Taktikal Skuad Malaysia B-23