Legenda Oasis dan peminat tegar Man City, Noel Gallagher merasakan Man City akan pasti menjulang UCL kali ini menewaskan Inter Milan.

Ini kerana menurutnya, Inter Milan musim ini terlalu banyak kalah. Dengan rekod 12 kekalahan di Serie A, Inter Milan pasti mustahil akan menamatkan saingan di 4 teratas dalam EPL.

Ianya merujuk kepada kedudukan Inter yang masih berada di tempat ketiga dengan rekod 12 kekalahan tersebut.

Inter Milan akan berdepan Manchester City dalam final UCL di Istanbul, awal pagi esok waktu Malaysia.

Bercakap kepada BBC, Noel Gallagher menjelaskan bahawa perlawanan dengan Inter Milan tak akan berakhir seri untuk 90 minit.

Ianya akan diputuskan segera. Gallagher berkata: “Inter tak akan seri, mereka, sama ada kalah atau menang. Namun musim ini mereka dah terbiasa kalah. Ianya rekod yang memihak kepada City.”

“Kalah banyak kali dan menamatkan liga di 4 teratas, ianya perkara yang mustahil di EPL.”

“Saya rasa ianya akan menjadi malam yang panjang, dan akhirnya, City pasti akan menang.”

Manchester City
Haaland meraikan jaringan bersama Phil Foden. Kredit Foto: Manchester City

Inter Milan merupakan juara eropah 3 kali. Kali terakhir mereka memenanginya adalah pada musim treble kelab itu pada 2009/10.

Ketika itu Inter Milan dibimbing oleh Jose Mourinho.

Sementara Man City pula tidak pernah menjuarai UCL di dalam sejarah kelab itu.

Pep Guardiola dan Kevin De Bruyne kedua duanya mengakui bahawa, UCL adalah kegilaan utama di Man City dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Jika berjaya menjulang UCL, mereka akan menamatkan musim ini selaku juara treble. Ini selepas mereka berjaya menjulang EPL dan Piala FA di peringkat domestik.