Pep Guardiola menyatakan bahawa Man City tidak pernah menghampiri kejayaan treble sedekat ini lagi dan mahu kelabnya menjuarai UCL.

Kejayaan menewaskan Man United 2-1 dalam aksi final Piala FA membolehkan United rasmi merangkul domestik double.

Pada aksi final yang berlangsung di Wembley, Ilkay Gundogan menjaringkan dua gol pada final tersebut yang dibalas oleh Man United menerusi penalti Bruno Fernandes.

Dan kini mereka berpeluang menamatkan saingan sebagai juara treble jika memenangi Liga Juara Juara Eropah.

Manchester City akan menentang Inter Milan pada aksi final Liga Juara Juara Eropah 2022/23.

“Fakta lebih penting, untuk memenangi treble adalah kamu harus memenangi Liga Juara Juara Eropah. Kami sudah memenangi Piala FA, EPL. Ianya sama.”

“Pada pandangan saya, saya akan berkata ianya adalah luar biasa dalam tiga tahun kami ada 2 aksi final dan 1 aksi semifinal dalam UCL.”

“Ianya memang sangat hebat. Namun akhirnya kita harus memenanginya. Saya tahu perkara itu.”

“Kita memberikan kredit yang lebih kepada para pemain di atas apa yang mereka lakukan dalam beberapa tahun ini. Kami telah melakukan banyak perkara yang hebat.”

Guardiola kemudian mahu Man City menjulang UCL.

Beliau berkata:

“Saya telah berkata kepada pemain pemain: ‘Kamu telah meletakkan tekanan pada diri sendiri.  Untuk diiktiraf sebagai sesuatu yang bagus, kamu harus memenangi UCL’.”

“Mereka sedar apa yang berada di hadapan kami sekarang. Semua orang berkata, satu lagi, tinggal satu lagi.”

“Mereka merasakan bahawa kami berada di kedudukan yang kemungkinan kita tak akan dapat lagi berada sedekat ini [dengan treble].”

“Kami ada tiga atau empat lagi sesi latihan sebelum berdepan Inter Milan.

“Saya ada dua hari untuk memantau mereka. Semua orang tahu kami telah melalui musim yang hebat.”

“Dalam beberapa musim ini kami telah memenangi 5 EPL, 2 Piala FA, Piala Carabao. Namun kami harus memenangi Liga Juara Juara Eropah untuk diiktiraf dengan selayaknya.”

“Kami harus akui, tanpa UCL – ianya masih hebat masih menyeronokkan buat kami. Namun terasa ada sesuatu yang tidak lengkap.”