Newcastle membalas dendam kekalahan di final Piala Carabao dengan menewaskan Man United dalam aksi antara 4 pasukan teratas.

Manchester United telah tewas enam kali apabila menentang sembilan pasukan teratas di tempat lawan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

United masih belum bermain di Tottenham yang kini di tempat kelima dan Brighton di tempat keenam.

“Mereka belum ‘muncul’ apabila menentang pasukan besar,” kata bekas pertahanan Red Devils, Gary Neville kepada Sky Sports.

“Ten Hag perlu memutuskan pemain mana yang boleh dibawanya ke hadapan dan pemain mana yang dia tidak boleh.”

Mengenai prestasi Man United ketika menentang Newcastle, Neville menambah: “Manchester United telah dikalahkan dengan selayaknya.

“Mereka tidak muncul dalam perlawanan seperti ini. Mereka berhak untuk dikalahkan. Prestasi Newcastle jauh lebih baik. Newcastle memang mahukannya lebih.”

Dalam aksi di St James’ Park, Newcastle menang 2-0, hasil jaringan oleh Joe Willock dan Callum Wilson.

Di mana sepanjang perlawanan, Newcastle melakukan 22 percubaan ke arah United berbanding 6 sahaja oleh anak anak buah Erik Ten Hag.

Kekalahan ini turut meletakkan United dalam bahaya untuk kehilangan tempat di UCL pada musim hadapan.

Luke Shaw sudah memberitahu bahawa pasukan Manchester United harus layak ke UCL musim hadapan.

Shaw berkata: “Pemain pemain berbincang sesama kami selepas staf semua tak ada di bilik persalinan – tentang perkaran ini.”

“Kami harus mengatasi masalah ini, dan melupakan kekalahan ini.”

“Segalanya bergantung kepada kami sendiri. Kami hari ini, sangat tidak cukup bagus. Kami sudah bercakap secara bersemuka antara satu sama lain.”