Manchester United berjaya menjadi juara Piala Carabao 2022/23, sekaligus menjadi piala pertama Erik Ten Hag sebagai pengurus, pada musim debutnya.

Manchester United dan Newcastle United berentap dalam aksi final Piala Carabao 2022/23.

Newcastle pada awalnya bermain dengan sangat baik pada separuh masa pertama.

Mereka turut memiliki peluang keemasan menerusi Saint Maximin. Tetapi percubaan jarak dekat dari sebelah kiri ditepis De Gea.

Man United akhirnya menghukum kesilapan pertahanan mereka pada 12 minit terakhir separuh masa pertama.

Casemiro meletakkan Manchester United di hadapan pada minit ke-33. Berpunca daripada sepakan percuma Luke Shaw, Casemiro menanduk masuk melepasi Loris Karius.

VAR digunakan untuk mengesahkan sama ada gol itu bersih ataupun ofsaid. Dan penyokong United meraikan gol tersebut buat kali kedua apabila VAR mengesahkannya.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-39, pemain yang sedang dalam prestasi terbaik, Marcus Rashford menjaringkan gol kedua.

Berlaku sedikit biasan pada percubaan tersebut dan Karius tidak dapat melakukan penyelamatan,

Pada minit ke-43, Dan Burn melakukan tandukan bahaya hasil umpanan hantaran silang. Tetapi ianya sedikit tersasar.

Pegawai keempat perlawanan memberikan 5 minit tambahan masa separuh masa pertama.

Karius dipaksa melayangkan badannya untuk menafikan percubaan Wout Weghorst.

Kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan Manchester United di hadapan dengan kedudukan jaringan 2-0.

Aksi separuh masa kedua bersambung. Newcastle benar benar dominan. Sehinggakan pada satu ketika mereka menguasai 81% permainan.

Namun mereka terus bergelut dengan kreativiti dan juga ketumpulan di hadapan gol.

Saint Maximin menjadi ancaman utama mereka sekali lagi. Dengan aksi bertenaga Guimaraes di tengah.

Man United tetap berjaya melakukan serangan balas bahaya. Namun percubaan Rashford pada minit ke-73 ditepis Karius.

Newcastle terus bergelut untuk memcnipta peluang gol dan Man United kemudian menguatkan lagi pertahanan mereka dengan sistem bek berlima.

Pada masa kecederaan, Bruno Fernandes memiliki peluang keemasan di hadapan gol, namun dinafikan oleh Karius.

Tamat perlawanan Manchester United 2 Newcastle 0. Manchester United juara Piala Carabao 2022/23.