Bekas pemain tengah skuad kebangsaan, Natxo Insa terus beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim hadapan apabila menandatangani kontrak lanjutan.

Perkara ini dikongsikan oleh Natxo di lama media sosial rasmi Instagram miliknya dimana pemain itu menjadi pemain kedua yang menandatangani kontrak lanjutan selepas Shane Lowry.

“Bangga dan gembira untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini. Satu lagi musim bersama Johor Darul Ta’zim.

“Terima kasih kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk terus menjadi sebahagian daripada keluarga JDT,” katanya.

Meskipun telah menginjak usia 35 tahun, namun tempat Natxo dalam kesebelasan utama JDT sukar untuk dicabar mana-mana pemain meskipun juara Liga Super 2021 itu mempunyai pemain tengah yang jauh lebih muda dari abang Kiko Insa itu.

Skuad Harimau Selatan mempunyai pemain tengah lain yang berkaliber lain seperti Syamer Kutty Abba, Afiq Fazail, Gary Steven Robat, Nazmi Faiz dan Daniel Amier yang mana pemain ini juga pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Namun, kualiti serta kemampuan yang dimiliki oleh bekas pemain Valencia dan Levante itu masih menjadi pilihan pengurus pasukan, Benjamin Mora untuk membarisi kesebelasan utama.

Natxo Insa mula beraksi bersama JDT sejak Jun 2017 dan beliau telah membantu pasukan itu memenangi lima gelaran Liga Super, dua Piala Malaysia dan lima Piala Sumbangsih.

Natxo turut membuat satu penampilan bersama pasukan kebangsaan iaitu pada aksi persahabatan menentang Mongolia dimana aksi tersebut ialah aksi pertama ketika Tan Cheng Hoe dilantik sebagai ketua jurulatih.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

11 Pemain Skuad Bola Sepak Wanita Negara Lanjutkan Pelajaran Di Universiti Tempatan

Lupakan Kekalahan Bertemu Melaka, Aidil Mahu Kedah Lebih Bersedia

Beri Peluang Kepada Luqman Hakim Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya