Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam mengumumkan pemain dari Australia, Shane Lowry telah menandatangani kontrak lanjutan selama 2 tahun bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan itu.

Lowry menyertai JDT ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia pada bulan Mei lalu dengan kontrak selama 6 bulan. Namun, prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pemain yang berusia 32 tahun itu sehingga membantu JDT menjuarai Liga Super musim ini telah berjaya memikat hati pihak pengurusan kelab.

Kehadirannya sebelum ini adalah untuk membantu JDT menghadapi saingan AFC Champions League berganding dengan Mauricio Dos Santos di posisi pertahanan tengah.

“Ianya perasaan yang menakjubkan kerana bukan mudah untuk memenangi trofi atau kejuaraan. Saya telah bermain dengan begitu lama di seluruh dunia, jadi saya tahu bertapa susahnya untuk mencapai tahap itu,” kata Shane Lowry ketika sidang media semalam.

“Tumpuan kini terarah Piala Malaysia dan saya akan beri yang terbaik kerana JDT adalah juara 2019 dan saya difahamkan musim lalu piala itu tidak dipertandingkan akibat pandemik COVID-19,” tambahnya.

FOTO: JST

Lowry merupakan seorang pemain yang cukup berpengalaman dan pernah beraksi dengan beberapa kelab Inggeris seperti Leeds United, Aston Villa, Sheffield United, Milwall dan Birmingham City.

Beliau juga pernah menyertai Al-Ahli dari Qatar Stars League pada musim lepas dan juga beraksi untuk Perth Glory dalam saingan A-League pada musim 2016 hingga 2019.

Sementaran itu, pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora menyifatkan Lowry merupakan seorang pemain pertahanan yang serba boleh dan mampu beraksi di posisi pertahanan kiri.

“Lowry adalah seorang pemain hebat dengan teknik yang bagus, taktikal dan mindset yang bagus. Kami mahu pemain pertahanan kiri, dan dia adalah pilihan terbaik daripada pihak pengurusan,” jelas Benjamin Mora.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kuala Lumpur City Jalin Hubungan Kerjasama Dengan Kelab Gergasi Iran, Sepahan SC

Jaringan Park Tae-Su ‘Mendunia’, Pakar Cadang Hantar Ke Puskas

KFA Akan Berunding Dengan LHDN Untuk Hapus Kira Tunggakan Cukai Tahun Lalu