Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon hari ini mengumumkan senarai 27 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Kuala Terengganu, Terengganu bermula 10 Jun 2023.

Ia adalah persiapan bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, masing-masing pada 14 dan 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Berdasarkan senarai itu, Pan Gon telah mengekalkan seramai 17 daripada 27 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru, Johor pada Mac 2023.

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools tidak dapat bersama-sama untuk menyertai kem latihan pusat kali ini kerana melangsungkan majlis perkahwinannya. FAM dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya mengucapkan tahniah kepada beliau dan isterinya.

Seramai 10 pemain baharu dipanggil kali ini termasuk lima pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 iaitu Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal Mahadi, Haqimi Azim Rosli, Azam Azmi Murad dan Lee Tuck; tiga pemain yang kembali dipanggil iaitu Natxo Insa, Junior Eldstal dan Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol, Azri Ab Ghani dan muka baharu, Syahir Bashah.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kepulauan Solomon pada Rabu, 14 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 9.00 malam sebelum menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua pada Selasa, 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 9.00 malam.

Sementara 24 pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai 27 pemain tersebut: