Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menafikan anak buahnya terlalu yakin pada perlawanan menentang Penang sehingga menyebabkan skuad bimbingannya kecundang 1-4 pada aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Hadir dengan momentum positif selepas mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu lalu, Terengganu seperti bagaikan tiada idea dalam menghadapi kunjungan Penang.

Berikutan keputusan buruk dicatatkan bertemu Penang, Nafuzi melihat faktor konsentrasi menjadi masalah yang mengakibatkan anak buahnya gagal meneruskan rentak kemenangan.

Sehubungan dengan itu, ia turut menolak dakwaan bahawa barisan pemain Terengganu terlalu yakin susulan aksi cemerlang ditampilkan ketika bertemu JDT, tempoh hari.

“Bagi saya ‘over confident’ tu tak adalah,” ujar Nafuzi menurut laporan dikeluarkan Berita Harian Online.

“Perlawanan malam ini (malam tadi) pun tidak ada kena mengena dengan perlawanan yang lepas ketika bertemu JDT, tapi kita lihat pemain TFC ramai pemain muda, jadi perkara ini adalah proses untuk belajar terutama daripada segi konsentrasi mereka dalam permainan kerana ianya penting dalam pasukan.”

“Memang kita tahu apa kelebihan pasukan lawan, lagipun kitapun sudah bersedia, tapi dalam permainan mungkin individu menghadapi tekanan atau hilang fokus, kerana keputusan di padang hanya pemain yang boleh lakukan, lagipun ini kali pertama kita menghadapi situasi ‘set piece’.”

“Dua gol babak kedua lawan daripada serangan pantas mungkin kita terlalu untuk mencari gol dan akhirnya kita dihukum,” tambah Nafuzi Zain lagi.

Baca artikel lain mengenai Terengganu di bawah:

Terengganu Sentap Ego JDT Di Stadium Sultan Ibrahim

TMJ Secara Santai Melawat Bilik Persalinan Pasukan Terengganu, Ucap Tahniah Menang Keatas JDT

Irfan Bakti: Apa Yang Dilakukan Terengganu Satu Kebiasaan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group