asdasdadsKarim Benzema mendedahkan faktor Arab Saudi sebagai negara Islam adalah faktor utama dia menyertai Al Ittihad.

Benzema menafikan dia menyertai Al Ittihad kerana motivasi duit sebagai perkara utama. Sebaliknya dia ada misi peribadi untuk dirinya dari segi kerohanian.

Karim Benzema menerima kontrak €200 juta semusim selama 3 tahun di Arab Saudi.

Benzema diperkenalkan dalam satu majlis yang sarat dengan 60,000 penyokong yang hadir.

Legenda Real Madrid itu muncul pertama kali dalam wawancara dengan stesen rasmi kelab.

Dan Benzema menyatakan bahawa: “Arab Saudi adalah negara Islam, dan sebagai seorang muslim, saya sentiasa berimpian tinggal di sini.”

“Sebagai seorang muslim yang taat saya juga mahu mendalami lagi bahasa Arab, dan ianya sangat penting untuk saya.”

“Saya pernah beberapa kali ke sini. Mekah pun dekat sekarang ini.”

Bercakap tentang kelab Al Ittihad, Benzema menganggap pilihannya tepat kerana dia menyertai kelab paling besar di Arab Saudi.

“Ini adalah kelab terbesar di Arab Saudi. Penyokong kelab ini sangat bersemangat menyokong kelab ini. Saya akan cuba menunjukkan prestasi terbaik saya demi peminat.”

Karim Benzema juga kagum dengan bola sepak di Arab Saudi secara keseluruhannya.

Karim Benzema gembira kerana dia akhirnya bermain di liga yang sama dengan rakan baiknya Cristiano Ronaldo. Dan dia sudah tak sabar mahu bertembung dengan Ronaldo di atas padang.

Beberapa nama lain turut dikaitkan dengan Liga Arab Saudi. Antaranya N’golo Kante yang dilaporkan sedang berunding dengan Al Ittihad.

Pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema telah meninggalkan legasi yang kuat di Real Madrid.

Kini kelab itu sedang mencari pengganti Benzema. Nama Harry Kane antara yang disebut sebut bakal dibawa masuk menggantikan Benzema.

Karim Benzema merupakan bekas pemain kebangsaan Perancis. Dia mengumumkan persaraan selepas kecewa dengan Didier Deschamps yang dilihat tidak begitu berminat menggunakan khidmatnya.

Benzema terlepas saingan Piala Dunia 2022 kerana kecederaan.