Karim Benzema secara rasminya meninggalkan Real Madrid dan menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

Laporan sebelum ini menyebut Benzema mempertimbangkan tawaran luar biasa daripada kerajaan Arab Saudi bernilain €200 juta semusim selama 2 musim bersama dengan €400 juta.

Benzema beberapa hari lalu menafikan dia berminat ke Arab Saudi. Namun hari ini dia mengesahkan dia berminat ke Arab Saudi.

Klausa perjanjian Benzema dengan kerajaan Arab Saudi sangat unik. Dia akan dibayar kerajaan. Gaji €200 juta adalah bersih selepas cukai.

Dia juga berhak sepenuhnya ke atas hak imej melibatkan dirinya.

Selain itu dia diberikan kebebasan memilih mana mana kelab dia suka dan di mana kediaman mewah yang dia mahukan.

Dengan syarat khas, Benzema harus menjadi duta delegasi bidaan hak penganjuran Piala Dunia 2030 oleh Arab Saudi.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa Karim Benzema berminat menyertai Al Ittihad dan akan berunding dengan kelab itu minggu hadapan.

Benzema mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Real Madrid.

Dia mengecapi segalanya bersama Real Madrid di peringkat kelab. Termasuk 5 UCL. Benzema juga memenangi 1 Ballon d’or dan menjadi penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman Real Madrid.

Benzema menjaringkan 353 gol dalam 647 penampilan dalam 14 tahun karier bersama Los Blancos.

Sudah tiba masanya untuk dia mencari cabaran baharu di bumi Arab Saudi.

Peminat Real Madrid sudah mengucapkan selamat maju jaya kepada legenda kelab mereka itu.

Pecahan gaji Benzema dalam Ringgit Malaysia.

Setahun: RM985,320,000.00 (sembilan ratu lapan puluh lima juta, tiga ratus dua puluh ribu ringgit sahaja)

Sebulan: RM82,110,00 (lapan puluh dua juta, seratus sepuluh ribu ringgit sahaja)

Sehari: RM273,700

Sejam: RM9,904.15

Seminit: RM412.70

Sesaat: RM6.90

Anda meluangkan masa membaca artikel sepanjang ini dalam masa kira kira 2 minit 30 saat.

Dalam masa sebanyak itu Benzema sudah menjana RM1,054.25 sen.