Real Madrid sedia untuk melantik Nacho sebagai kapten kelab yang baharu. Ianya selepas Karim Benzema rasmi meninggalkan kelab itu.

Karim Benzema dilaporkan akan menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal yang menawarkan beliau gaji €200 juta semusim.

Benzema akan menjadi duta delegasi bidaan Piala Dunia 2030 oleh Arab Saudi.

Jadi, jawatan kapten di Real Madrid kini dikosongkan.

Kontrak Nacho berakhir musim panas ini. Real Madrid sudah menawarkan kontrak baru kepada Nacho namun pada awalnya ditolak pemain itu.

Kemudian Real Madrid dikatakan berjaya memujuk Nacho membuat U Turn. Dan  pemain itu turut menolak beberapa tawaran lain daripada AC Milan, Inter Milan, Chelsea, dan Juventus. Dikatakan ada beberapa tawaran adalah lebih tinggi daripada yang ditawarkan Real Madrid.

Nacho dikatakan tertarik dengan tawaran baharu itu selepas ditawarkan jawatan kapten oleh Real Madrid.

Luka Modric akan menjadi timbalan kapten diikuti Dani Carvajal, dan Toni Kroos.

Walaupun ramai merasakan Luka Modric adalah calon terbaik. Namun pemenang Ballon d’Or itu akan menjadi kapten kedua kelab.

Nacho merupakan pemain senior dalam skuad Real Madrid dan diyakini akan menjadi pemimpin yang baik di kelab itu.

Real Madrid musim ini gagal untuk mempertahankan kejuaraan La Liga dan UCL. Dan kelab itu sudah bersedia untuk berbelanja besar mendapatkan beberapa pemain lain termasuk Harry Kane.

Beberapa pemain seperti Eden Hazard turut dilepaskan oleh Real Madrid selepas setuju dengan penamatan kontrak atas persetujuan bersama.