Saingan Liga Malaysia musim 2022 masih belum tamat namun pemilik TRW Kelantan iaitu Norizam Tukiman atau Zamsaham mengumumkan barisan penaja bagi pasukan musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh Norizam menerusi laman media sosial Facebook miliknya dimana setakat ini kelab pantai timur itu sudah mendapat tajaan sebesar RM350 Ribu.

“Terima kasih kepada penaja terbaru musim 2023, MZ Gold yang secara rasmi menaja pakej sebesar RM300 Ribu. Semalam kita juga terima penajaan tunai dari Hino, syarikat milik Toyota.

“MZ Gold adalah sebuah syarikat menjual emas yang terkenal di Kelantan dimana mereka menjadi penaja dengan mengambil pakej Brown. Semoga TRW Kelantan lebih bersedia untuk menghadapi musim 2023,” kata Zamsaham.

Selain itu, ada sebuah syarikat penjagaam kulit yang secara lisan bersedia untuk menjadi penaja dengan mengambil pakej Gold. Norizam akan mengumumkan perkara ini apabila perjanjian sudah dimaterai.

“Duit penajaan akan digunakan sebaiknya untuk memperkemaskam fasiliti dan pasukan Kelantan. Kita harus bersiap sedia awal kerana musim hadapan kita akan bermain di Liga Super. Tahap permainan sudah tentu berbeza,” tambahnya.

Sebelum ini, Norizam mendedahkan ada seorang peminat setia Kelantan berminat untuk membeli saham pasukan sebesar 5 peratus dengan nilai RM3 Juta.

“Terima surat permohonan dari peminat TRW Kelantan dimana beliau berminat nak beli 5 peratus saham pasukan pada harga RM3,000,000. InshaAllah, Kalau jadi saya akan umumkan.

“InshaAllah penilaian TRW Kelantan akan semakin naik jika dapat buka padang latihan di setiap jajahan negeri Kelantan yangg seterusnya baik untuk ubi-ubi muda. TRW International Football Academy juga akan menjadi platform terbaru memperkuatkan ekosistem. Saya juga merancang untuk membuka lebih banyak TRW Shop,” katanya.

Secara keseluruhan, jika melihat kepada nilai saham 5 peratus bersamaan dengan RM5 Juta, nilai keseluruhan saham dalam pasukan Kelantan boleh mencecah sebanyak RM 60 juta dan jumlah tersebut merupakan satu jumlah yang besar dalam saingan Liga Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Liga Super 2022: Terengganu Tambah Derita Selangor

Peminat TRW Kelantan Berminat Beli Saham Pasukan Bernilai RM3 Juta

Final Piala FA Serentak Dengan Konsert Dewa 19, Bukit Jalil Dijangka Sesak Teruk Pada 10 September