Ahli perniagaan, Norizam Tukiman mendedahkan ada peminat TRW Kelantan yang berminat untuk membeli saham pasukan sebesar 5 peratus dengan nilai RM3 Juta.

Norizam atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham berkongsi perkara ini melalui Facebook rasmi beliau dan akan membuat pengumuman sekiranya ada perjanjian dimaterai dan peminat tersebut membeli saham pasukan.

“Terima surat permohonan dari peminat TRW Kelantan dimana beliau berminat nak beli 5 peratus saham pasukan pada harga RM3,000,000. InshaAllah, Kalau jadi saya akan umumkan,” katanya.

Zamsaham turut menambah penilaian terhadap pasukan boleh ditingkatkan sekiranya mempunyai padang latihan di setiap jajahan negeri Kelantan selain membuka lebih banyak kedai rasmi menjual barangan pasukan.

“InshaAllah penilaian TRW Kelantan akan semakin naik jika dapat buka padang latihan di setiap jajahan negeri Kelantan yangg seterusnya baik untuk ubi-ubi muda. TRW International Football Academy juga akan menjadi platform terbaru memperkuatkan ekosistem. Saya juga merancang untuk membuka lebih banyak TRW Shop,” tambahnya.

Secara keseluruhan, jika melihat kepada nilai saham 5 peratus bersamaan dengan RM5 Juta, nilai keseluruhan saham dalam pasukan Kelantan boleh mencecah sebanyak RM 60 juta dan jumlah tersebut merupakan satu jumlah yang besar dalam saingan Liga Malaysia.

Untuk rekod, Zamsaham mengambil alih Kelantan dengan nilai RM 6.8 Juta pada 2020 dan sejak itu, banyak perubahan yang dibawa ke dalam pasukan sekaligus menjadi antara pasukan terbaik dalam saingan Liga Premier musim ini.

Ketika ini, Kelantan mendahului carta Liga Premier dengan perolehan 35 mata selepas menghadapi 15 perlawanan. Skuad kendalian Reezal Zambery Yahya itu dibezakan lima mata dengan pasukan di tangga kedua iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Bukit Jalil Gelanggang Perlawanan Akhir Piala FA Pada 10 September 2022

Zamsaham: Jangan Datang Ke Tempat Orang Buat Kacau

Subkhiddin: Kelakuan Begini Tidak Dialu-Alukan Dalam Bola Sepak Peringkat Tinggi