Jose Mourinho membidas hukuman ke atas Juventus sebagai satu jenaka. Ini kerana, badan bola sepak di negara itu membuat keputusan terlalu lama.

Juventus disahkan dipotong 10 mata oleh FIGC atas kesalahan salah tadbir kewangan.

Di mana kelab itu dituduh melakukan pelbagai kesalahan berkaitan laporan kewangan termasuk pemalsuan nilai gaji, kontrak, tajaan, pendapatan dan sebagainya.

Beberapa bulan lalu Juventus dikenakan pemotongan 15 mata.

Namun tidak lama kemudian 15 mata itu dikembalikan semula selepas Juve merayu di mahkamah sukan negara tersebut.

Kini Juventus dikenakan hukuman pemotongan mata sekali lagi. Kali ini ini dipotong 10 mata. Membuatkan pasukan itu turun dari tangga kedua liga kepada tangga ketujuh liga.

Ahli Lembaga Pengarah Juventus
Kredit Foto: Juventus

Mereka kini di luar slot UCL untuk musim hadapan.

Pengurus AS Roma, Jose Mourinho sebelum ini pernah membidas FIGC dan Serie A yang menurutnya tidak tegas dalam hukuman ke atas Juve.

Selepas Juve pada masa itu dikembalikan semula 15 mata. Menurut Mourinho pada masa itu, kelab kelab lain yang bersaing ke UCL merasa teraniaya jika Juve layak ke UCL.

Kini pengurus AS Roma itu membidas FIGC dan Serie A yang mengambil tindakan terlalu lama.

Sedangkan liga Serie A musim ini sudah hampir berakhir.

Jose Mourinho berkata: “Ianya satu jenaka untuk mengetahui hukuman ke atas mereka dengan baki 2 lagi perlawanan.”

“Ianya jenaka untuk kami dan semua kelab lain, bahkan termasuk Juventus sendiri.”

“Pendekatan kami mungkin berbeza jika kami mengetahui perkara itu sebelum perlawanan menentang Monza dan Bologna.”

“Saya minta maaf kepada [Massimiliano] Allegri dan pemain pemainnya. Namun pada tahap liga seperti ini, saya boleh katakan ianya mampu memberikan perubahan kecil.”

AS Roma masih berpeluang untuk layak ke UCL pada musim hadapan walaupun terlepas 4 teratas musim ini.

Hal ini kerana mereka masih bersaing dalam aksi final UEL.

Juara UEL akan diberikan slot ke UCL musim hadapan.

AS Roma ana berhadapan dengan Sevilla yang dianggap Raja UEL.

Mourinho kini menikmati final eropah keenamnya.