Terdapat sedikit perubahan dalam saingan Liga Malaysia apabila Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan kemaskini jadual perlawanan Liga Super 2023 semalam.

Menurut kenyataan rasmi, perubahan tersebut terpaksa dibuat berdasarkan kepada ketidaksediaan venue, persetujuan bersama antara Kelab-kelab terlibat, faktor pengurusan perkongsian venue dan juga permintaan keperluan dari Penyiar Rasmi Liga Super 2023.

Berikut adalah senarai perlawanan-perlawanan yang terlibat:

a) Perlawanan Kuala Lumpur City FC dan Negeri Sembilan FC

LS17 | Negeri Sembilan FC lwn Kuala Lumpur City FC | Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Tarikh asal: Sabtu, 15 Julai 2023
Tarikh baharu: Sabtu, 11 Mac 2023
Waktu sepak mula: 9:00 malam

LS4 | Kuala Lumpur City FC lwn Negeri Sembilan FC | Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Tarikh asal: Sabtu, 11 Mac 2023
Tarikh baharu: Sabtu, 15 Julai 2023
Waktu sepak mula: TBC

b) Perlawanan Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC

LS20 | Kuala Lumpur City FC lwn Sabah FC | Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Tarikh asal: Ahad, 13 Ogos 2023
Tarikh baharu: Rabu, 5 April 2023
Waktu sepak mula: 10:00 malam

LS7 | Sabah FC lwn Kuala Lumpur City FC | Stadium Likas, Kota Kinabalu
Tarikh asal: Rabu, 5 April 2023
Tarikh baharu: Ahad, 13 Ogos 2023
Waktu sepak mula: TBC

c) Perlawanan Selangor FC dan Sabah FC

LS23 | Sabah FC lwn Selangor FC | Stadium Likas, Kota Kinabalu
Tarikh asal: Ahad, 29 Oktober 2023
Tarikh baharu: Khamis, 27 April 2023
Waktu sepak mula: 8:15 malam

LS10 | Selangor FC lwn Sabah FC | Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tarikh asal: Rabu, 26 April 2023
Tarikh baharu: Ahad, 29 Oktober 2023
Waktu sepak mula: TBC

d) Tarikh baharu PDRM FC lwn Negeri Sembilan FC

LS11 | PDRM FC lwn Negeri Sembilan FC | Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tarikh asal: Jumaat, 19 Mei 2023
Tarikh baharu: Khamis, 18 Mei 2023Waktu sepak mula: 8:15 malam

e) Tarikh baharu PDRM FC lwn Kuala Lumpur City FC

LS23 | PDRM FC lwn Kuala Lumpur City FC | Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tarikh asal: Sabtu, 28 Oktober 2023
Tarikh baharu: Jumaat, 27 Oktober 2023
Waktu sepak mula: TBC