Anthony Martial mengutuk Mourinho secara terbuka. Dia tidak merahsiakan lagi rasa tidak senangnya terhadapJose Mourinho, yang tidak menghormatinya.

Baca juga artikel:

Analisis Taktikal Final Piala FA 2022: JDT Kalahkan Terengganu Dalam Banyak Aspek

Had Perbelanjaan Barcelona Naik Sebanyak €800 Juta Selepas Jual Aset, Tebas Nafi Pilih Kasih

Dzeko Enggan Lawan Rusia Tanda Solidariti Kepada Ukraine

Carlo Ancelotti memerikan komen beliau tentang sikap kecewa yang ditunjukkan oleh Marco Asensio ketika aksi menentang Mallorca.

Anthony Martial merasa pengalaman bermain di bawah empat orang pengurus sejak berpindah ke Man United pada 2015: Louis van Gaal, Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer dan kini Erik ten Hag.

Anthony Martial secara terbuka mengakui bahawa dia tidak mempunyai tanggapan positif terhadap dua bekas pengurusnya iaitu Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer.

Dalam wawancara dengan majalah bola sepak Perancis, Martial menyatakan titik tolak kepada keretakan hubungan mereka adalah ketika Jose Mourinho memberikan jersi nombor 9 Martial kepada Zlatan Ibrahimovic, yang baru menyertai Manchester United.

Martial

“Semasa rehat pertandingan, Mourinho bertanya kepada melalui mesej teks sama ada saya mahu menukar nombor jersi kepada nombor 11, kerana ia nombor yang bagus dan telah digunakan oleh Ryan Giggs,” kata Martial.

“Saya berkata saya menghormati Giggs, tetapi lebih suka mengekalkan nombor 9. Apabila saya kembali ke kelab, saya lihat nombor saya telah bertukar kepada nombor 11.”

“Jelas sekali Mourinho tidak beradab dengan saya.”

“Mourinho juga suka bercakap [perkara buruk] tentang saya dalam sidang akhbar, sama seperti dia bercakap tentang Karim Benzema di Real Madrid.”

“Ia adalah tabiat Mourinho dan dia tahu pemain mana yang dia mahu perlakukan sedemikian.”

“Jose Mourinho tahu saya berusia 20 tahun ketika itu, jadi jika saya menjawab, orang akan fikir saya tidak menghormati dia dan digelar pemain muda yang biadap,” kata Martial.

Sakit hati Martial ke atas Mourinho bukan setakat itu. Dia turut mengutuk Mourinho sebagai punca kenapa dia tidak menjadi juara dunia bersama Perancis pada 2018.

“Musim berikutnya, apabila saya bermain dengan baik pada separuh pertama musim, Mourinho telah menandatangani Alexis Sanchez. Kemudian saya kehilangan tempat dalam pasukan utama,” kata Martial.

“Ia adalah musim menjelang Piala Dunia. Saya juga kehilangan tempat dalam pasukan kebangsaan dan saya sangat kurang bernasib baik, terutamanya kerana Perancis memenangi Piala Dunia 2018.”

“Saya sepatutnya berada dalam pasukan kebangsaan pada masa itu,” kata Martial.

Selain Mourinho, Martial turut membidas Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengkhianat. Ini kerana pengurus itu tidak mempertahankannya di hadapan media ketika dia dikritik kerana beraksi teruk.

Sedangkan menurut Martial, dia beberapa kali bermain dalam keadaan masih cedera demi Ole.