Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City bakal mengadakan jelajah pra musim pada musim panas nanti di dua negara Asia iaitu Jepun dan juga Thailand.

Perkara ini dilaporkan oleh Daily Mail dimana lawatan tersebut dijadualkan pada bulan Julai dan City bakal berdepan dengan kelab dari dua negara itu.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu dijangka meluangkan masa lebih lama di Jepun dan bakal menjadikan Thailand sebagai persinggahan sebelum pasukan itu kembali ke Eropah atau meneruskan jelajah pra musim mereka ke negara lain.

Kali terakhir Manchester City melawat Jepun ialah sebelum pandemik pada 2019 dimana mereka turun menentang Yokohama F Marinos yang turut dimiliki oleh City Football Group (CFG).

Manchester City
Sumber Gambar: Football Tribe

Daily Mail menjangka City akan sekali lagi bertemu Yokohama kerana kedua-dua pasukan dimiliki oleh pemilik yang sama namun lawan mereka ketika di Thailand masih menjadi tanda tanya.

Antara kelab yang berpotensi untuk menjadi lawan The Citizens ialah Buriram United, BG Pathum, Port FC, Bangkok United, Chonburi dan Ratchaburi dimana kelab ini dianggap sebagai antara kelab terbaik di Liga Thailand ketika ini.