Manchester United memastikan bandar Manchester merah apabila menang derbi ke atas Manchester City.

Manchester United bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang 2-1 di hadapan penyokong sendiri.

Meneruskan rentak cemerlang mereka pada ketika ini di bawah Erik Ten Hag.

Seperti dijangka Manchester City tampil dengan sistem permainan yang dominan. Namun Man United juga tidak gentar untuk melakukan high pressing jika perlu.

Perlawanan kedua dua pasukan banyak berlegar di kawasan tengah. Walaupu City dominan namun mereka bergelut untuk mencipta peluang.

Gol pertama Manchester City hadir pada minit ke-60 menerusi tandukan jarak dekat Jack Grealish.

Gol tersebut berpunca daripada hantaran lintang oleh siapa lagi kalau bukan Kevin De Bruyne.

Manchester City gagal mendapatkan gol kedua mereka walaupun memiliki penguasaan sangat tinggi.

Mereka malah dihukum oleh Bruno Fernandes yang menyamakan kedudukan pada minit ke-78 menerusi sepakan dari luar kotak penalti. Gol tersebut di-assist oleh Casemiro.

VAR digunakan untuk mengesahkan gol tersebut.

4 minit kemudian Old Trafford bergema lagi. Kali ini pemain dalam prestasi terbaik, Marcus Rashford menerima hantaran Alejandro Garnacho dan menyumbat masuk ke gawang City.

Tiada tambahan gol lagi selepas itu daripada kedua dua pasukan.

Manchester United menang derbi Manchester ke atas Manchester City dengan skor 2-1.

Kemenangan yang mengukuhkan lagi kedudukan United untuk kembali ke UCL musim depan. Manchester United malah kekal bersaing dalam oersaingan kejuaraan EPL musim ini.

Sementara Man City mempersia siakan peluang untuk terus merapatkan jurang mata dengan Arsenal.