Manchester United melayan kunjungan jiran mereka Manchester City dalam aksi derbi Manchester.

United mahu melupakan kekalahan di tangan Leipzig dalam saingan UCL – yang membuatkan mereka tersingkir daripada pertandingan tersebut.

Manchester City turut tanpa Aymeric Laporte dan juga Sergio Kun Aguero dalam kesebelasan utama.

Pada minit ketujuh Raheem Sterling menerima bola daripada Kevin De Bruyne, namun sentuhan pertamanya terlalu kuat dan terlepas peluang keemasan.

4 minit kemudian, Man United hampir di hadapan menerusi Scott McTominay yang menyambar sepakan penjuru Bruno Fernandes. Namun sayang sekali tak masuk.

3500 (2)

Man United banyak menghadirkan ancaman menerusi bola mati – terutama sekali sepakan penjuru dalam perlawanan ini.

Manchester City menguatkan dominasi mereka dalam perlawanan ini. Tetapi tetap bergelut di zon serangan/ final third.

Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne, masing masing memiliki peluang untuk melakukan sesuatu, tetapi gagal.

Pada minit ke-35, Riyad Mahrez melakukan percubaan jarak dekat, tetapi dinafikan oleh De Gea.

3049

Kedua dua pasukan memiliki kualiti pertahanan yang ampuh pada separuh masa pertama yang berakhir tanpa jaringan.

Pada separuh masa kedua, Manchester United mendapat penalti selepas Marcus Rashford dikontak oleh Kyle Walker.

2844

Penalti itu ditarik balik selepas VAR mendapati Rashford ofsaid terlebih dahulu.

Man City terus mengukuhkan penguasaan bola mereka. Namun ceritanya tetap sama, tiada cutting edge.

Marcus Rashford dan Mason Greenwood melakukan percubaan lemah.

Kemasukan Ferran Torres memberikan perubahan kepada kepantasan Man City di hadapan.

Tetapi Luke Shaw dan pertahanan Man United sangat cemerlang mengawal lawan mereka.

Pada minit minit akhir perlawanan, Bruno Fernandes mencuba nasibnya dengan dua percubaan jarak jauh.

Perlawanan terus buntu dan berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Man United terus hambar di halaman sendiri musim ini berbanding dengan prestasi luar biasa di tempat lawan.

Baca juga perkembangan lain

Borussia Dortmund Dibelasah Stuttgart Di Halaman Sendiri

Boateng Sarankan Messi Sertai Napoli Untuk Menamatkan Karier Dengan Penuh Legenda

FIFA Best: Messi, Ronaldo, Lewandowski Rebut Anugerah Terbaik, Ini Senarai Penuh Pencalonan