Pusingan kelayakan ke kejohanan AFC U23 Asian Cup 2022 sudah pun melabuhkan tirai dan semua 15 pasukan yang berjaya melepasi pusingan kelayakan sudah pun diketahui.

Tuan rumah kejohanan itu, Uzbekistan akan melengkap senarai semua 16 pasukan terbaik Asia bawah 23 tahun yang akan berentap untuk menentukan pasukan mana yang akan dinobatkan sebagai ‘King of Asia‘.

Berdasarkan mekanisme undian yang digunakan sebelum ini, kedudukan pot undian pasukan yang layak ke pusingan akhir ditentukan berdasarkan kedudukan akhir pasukan dalam edisi terdahulu.

Pasukan Malaysia U23 yang gagal ke pusingan akhir AFC U23 Asian Cup 2020 diramalkan akan berada dalam balang undian ke-4, manakala pasukan Thailand U23 pula dijangka berada dalam balang undian ke-2.

Ramalan balang undian kejohanan AFC U23 Asian Cup 2022 adalah seperti berikut;

  • Balang Undian 1: Uzbekistan, Korea Selatan, Arab Saudi, Australia
  • Balang Undian 2: Jordan, Thailand, UAE, Iran
  • Balang Undian 3: Iraq, Qatar, Japan, Vietnam
  • Balang Undian 4: Kuwait, Malaysia, Tajikistan, Turkmenistan

Skuad Thailand layak ke pusingan suku akhir dalam edisi terdahulu dan itu adalah faktor utama mengapa mereka berada dalam balang undian yang lebih baik. Manakala, Vietnam yang gagal ke pusingan kalah mati pada edisi 2020 ditempatkan dalam pot undian ke-3.

Secara umumnya, 12 pasukan yang beraksi dalam kejohanan AFC U23 Asian Cup 2020 berada dalam balang undian 1 hingga 3. Kuwait dan Malaysia adalah 2 pasukan yang kembali beraksi dalam pusingan akhir dan Tajikistan serta Turkmenistan akan melakukan penampilan pertama tahun hadapan.

Situasi untuk skuad Malaysia U23 kali ini sebenarnya sama sahaja ketika edisi 2018 yang lalu. Namun, kita berjaya untuk mengejutkan beberapa pasukan yang memiliki nama dan reputasi lebih besar sehingga layak ke suku akhir.

Apa yang penting ketika ini adalah persiapan pasukan dibawah bimbingan Brad Maloney untuk menghadapi pasukan-pasukan Top 16 Asia kategori bawah 23 tahun untuk memastikan kita mampu memberikan cabaran hebat seperti edisi 2018 di China yang lalu.

Kita pernah buktikan, Malaysia Boleh!

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

“Malaysia Yang Layak, Penyokong Pasukan India Yang Koyak.” – Kutuk AFC Berkiblatkan Politik Dan Minyak

Airfan Doloh Datang Bersembang Dengan Pemain Malaysia Guna Bahasa Malaysia Curi Tumpuan Media

Ini Struktur Liga U19 Jerman Yang Perlu Kita Tahu Untuk Lebih Faham Mengenai Isu Annil Vigneswaran