Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selepas skuad bimbingan Brad Maloney mengesahkan tempat ke kejohanan AFC U23 2022 di Uzbekistan, pihak AFC telah memuat naik status ucapan tahniah ke laman sosial media.

Namun, perkara itu telah menyebabkan segelintir penyokong pasukan India ‘koyak’ sehingga sanggup membalas ciapan dilaman sosial rasmi AFC dengan tuduhan yang mengenai sistem yang digunakan.

Pengguna tersebut yang menggunakan nama Ric321Ric itu menyatakan bahawa sistem yang digunapakai oleh AFC ini sebenarnya tidak berdasarkan merit. Sebaliknya lebih berkiblatkan politik dan minyak.

Luahan kekecewaan itu rupanya timbul apabila pasukan India U23 gagal untuk layak ke saingan AFC U23 2022 dan mereka menyalahkan AFC kerana peluang India banyak tersekat apabila berdepan pasukan dari Timur Tengah.

Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan oleh penyokong pasukan India yang jelas tidak berpuas hati skuad mereka gagal ke Uzbekistan.

Skuad India U23 menamatkan aksi kelayakan sebagai naib juara kumpulan F dengan 4 mata. Namun, dalam pengiraan 4 pasukan naib juara terbaik, mereka gagal memberikan saingan apabila berada dikedudukan ke 8 – sehingga artikel ini ditulis.

Nota: Kemenangan pasukan India keatas Oman tidak dikira untuk penentuan 4 naib juara terbaik kerana pasukan Oman adalah pasukan tercorot dalam kumpulan F.

Kejohanan AFC U23 Asian Cup itu akan berlangsung dari 1hingga 19 Jun 2022 di Uzbekistan selepas ditunda akibat pandemik COVID-19, dimana tarikh asal kejohanan adalah pada 6 hingga 24 Januari 2022.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kasmi sediakan untuk anda seperti dibawah.

Ini Struktur Liga U19 Jerman Yang Perlu Kita Tahu Untuk Lebih Faham Mengenai Isu Annil Vigneswaran

Tiket Vietnam Lawan Jepun ‘Sold-Out’ 28 Minit, Paling Murah RM91 Sehingga RM220 Sekeping!

‘Suapan’ Bonus Kemenangan RM125,000 Punca Skuad Thailand Menang 3-0 Berdepan Laos.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group