Skuad kebangsaan Malaysia akan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada September dan dijangka bakal turun menentang pasukan yang lebih kuat.

Perkara ini dikongsikan oleh Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj dimana lawan pasukan negara akan berada di ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.

Pasukan negara baru-baru ini berjaya melayakkan diri ke temasya Piapa Asia 2023 setelah menewaskan Bangladesh pada aksi terakhir kumpulan E peringkat kelayakan dengan keputusan 4-1.

Kemenangan ini meletakkan skuad Harimau Malaya dalam senarai lima pasukan naib juara kumpulan terbaik sekaligus melayakkan diri buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

Bagi mempersiapkan pasukan menjelang temasya Piala Asia, skuad bimbingan Kim Pan-gon perlu turun menentang pasukan terbaik dan berada di ranking yang lebih tinggi bagi memastikan pemain dapat menimba pengalaman sekaligus meningkatkan tahap permainan.

Masih menjadi teka-teki pasukan mana yang akan menjadi lawan pasukan negara pada aksi persahabatan September nanti. Jika melihat kepada situasi semasa, pasukan dari Timur Tengah dan Asia Barat menjadi lawan yang sesuai bagi skuad kebangsaan.

Selepas tugasan bersama skuad kebangsaan tamat, pemain akan kembali ke kelab masing-masing bagi menghadapi saingan liga domestik yang akan bersambung semula pada hujung minggu ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Skuad B-23 Tahun Negara Bakal Dirombak

Kim Pan-gon Ucap Terima Kasih Kepada TMJ Kerana Menyalur 15 Pemain JDT Untuk Harimau Malaya

Dion Cools: Saya Sanggup Mati Demi Malaysia