Mahkamah telah mengumumkan bahawa kesemua pertuduhan ke atas Mason Greenwood berkaitan serangan seksual dan keganasan domestik telah digugurkan.

Kes perundangan penyerang muda Manchester United itu dilaporkan telah ditolak oleh Pejabat Pendakwa Raya Britain.

Pada Januari 2022, aduan dibuat kepada Polis Manchester berkaitan dengan Greenwood yang melakukan tindakan keganasan dan cubaan merogol teman wanitanya ketika itu.

Ianya berikutan video yang dimuat naik di laman Instagram wanita tersebut yang kemudian dipadamkan serta merta.

Polis Manchester telah menahan Greenwood selama beberapa hari. Tetapi kemudian dia dibebaskan secara parol sementara menunggu kesnya dibicarakan.

Greenwood dijadualkan menjalani perbicaraan lain pada Februari 2023. Bagaimanapun, laporan oleh Manchester Evening News mendakwa bahawa kes Greenwood telah digugurkan dan ditamatkan.

Ini bermakna siasatan kes Greenwood telah ditamatkan oleh Polis Manchester.

Dalam kenyataan rasmi mereka, Polis Manchester menyatakan bahawa kes ini tidak diteruskan oleh Peguam tempatan setakat 2 Februari 2023. Dan kini di dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

Greenwood memberikan komen pendeknya sejurus selepas pengguguran kes itu, menyatakan dia lega akhirnya dia dibebaskan daripada pertuduhan. Dan menyatakan bahawa dia tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut lagi.

Greenwood boleh kembali menyertai Manchester Unietd. Di mana Greenwood masih terikat kontrak dengan United sehingga 2025. 

Sebelum ini dia digantung daripada kesemua aktiviti bola sepak oleh Manchester United. Malah namanya turut dikeluarkan daripada daftar pemain di laman rasmi Manchester United.

Dengan pengguguran kes ini, Greenwood sudah dikembalikan semula ke dalam daftar tersebut.

Namun begitu, Man United akan mengadakan siasatan dalaman mereka sendiri berkaitan kes itu, menilai kedudukan Greenwood di dalam skuad itu.

Man United menjelaskan: “Manchester United sudah maklum tentang keputusan oleh Mahkamah Tinggi bahawa kesemua pertuduhan ke atas Mason Greenwood telah digugurkan.”

“Kelab akan mengadakan proses tersendiri sebelum menentukan langkah seterusnya.”

Greenwood merupakan bakat muda elit keluaran akademi Manchester United. Pemain yang boleh bermain di kesemua posisi bahagian serangan.

Dia juga memiliki kelebihan boleh menggunakan kedua dua belah kakinya dengan kualiti yang sama.