Beberapa jam yang lalu, teman wanita kepada penyerang muda Manchester – United Mason Greenwood – iaitu Harriet Robson telah memuat naik video di Instagramnya dengan menuduh bahawa Greenwood telah memukul dan mencederakannya.

Dalam video itu, Harriet memaparkan beberapa imej yang mengerikan dan juga video menunjukkan bahawa badannya lebam dan ada darah di mukanya kerana dipukul.

“Kepada semua orang yang ingin tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh Mason Greenwood kepada saya”.

Ianya jelas menunjukkan itu adalah kes keganasan domestik dan serangan fizikal. Video itu benar benar mengejutkan ramai pihak yang kemudian tampil mengecam Mason Greenwood dan meminta pemain itu diheret ke muka pengadilan segera.

Polis Greater Manchester dilaporkan sudah menerima tentang aduan perkara itu. Namun masih belum membuat pengesahan tentang kes tersebut.

Manchester United juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka sudah sedia maklum tentang imej dan video yang berlegar di media sosial dan mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan.

Dalam kenyataannya, Man United berkata: “Kami sedia maklum tentang imej imej dan tuduhan berkaitan di media sosial. Kami tidak akan membuat kenyataan lanjut sehingga fakta disahkan. Manchester United tidak menyokong mana mana tindakan keganasan.”

https://twitter.com/TelegraphDucker/status/1487704363472769024

Pemain berusia 20 tahun itu antara bakat muda yang paling mengujakan di dunia dalam beberapa musim ini. Datang dari akademi Manchester United dan dicanang bakal menjadi bintang masa depan kelabnya.

Greenwood juga merupakan pemain muda yang sudah beberapa kali bermain untuk negaranya.

Netizen meminta pengadilan segera dilakukan ke atas Greenwood. Kerana mereka tidak boleh menerima bentuk keganasan domestik yang dilakukannya ke atas seorang wanita yang seharusnya dilindungi oleh pasangannya.

Ini adalah rakaman tersebut yang dimuat naik oleh Harriet Robson menerusi akaun IG beliau:

https://youtu.be/2L1Nt_ATKN0

Buat masa ini, Mason Greenwood masih lagi dalam siasatan. Jadi ramai peminat yang meminta semua pihak bertenang kerana mungkin ada penjelasan lain tentang perkara ini.