Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain berpengalaman, Mafry Balang mendedahkan bahawa tiada masalah dihadapi kem Sabah FC melibatkan para pemain dan pengurusan kelab tersebut susulan penularan isu tunggakan gaji, baru-baru ini.

Pemain pertahanan berusia 37 tahun itu turut menganggap perkara tersebut bukanlah perkara serius kerana setiap apa sahaja yang berlaku pada pendapatnya perlu diselesaikan dengan cara sebagai satu keluarga.

Pendedahan Mafry menerusi laman Facebook rasmi Sabah FC itu sedikit sebanyak meredakan spekulasi yang sebelum ini mengatakan beliau bersama-sama ketua pasukan, Rawilson Batuil dan Mohd Azzizan Nordin diketepikan daripada pasukan ketika kunjungan ke Stadium Bandaraya, Pulau Pinang kerana bersuara berkenaan isu tunggakan gaji.

Malah, Sabah menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Khairul Firdaus Akbar turut menafikan dakwaan berhubung masalah tunggakan gaji selama tiga bulan tersebut tetapi sebaliknya mengakui hanya ada sedikit kelewatan pembayaran.

Dalam pada itu, Mafry yang turut pernah berkelana ke Melaka, Kelantan, Sarawak dan Pulau Pinang turut memuji pengurusan Sabah dalam memastikan kelancaran perjalanan pasukan.

“Ketika ini semuanya berjalan dengan lancar dan memang bagus. Kita mempunyai pihak pengurusan pasukan yang sangat baik.”

“Setakat ini tiada masalah sehingga mencacatkan perjalanan perancangan pasukan Sabah FC berkaitan isu yang ditularkan di laman media sosial itu.”

“Sebenarnya masalah ini bukan serius. Sebagai satu pasukan kita tidak boleh share satu masalah baik kecil atau besar ke laman sosial media, kerana kita anggap pasukan ini sebagai satu keluarga untuk sama-sama berbincang,” ujar Mafry Balang menurut laporan Sabah FC.

Baca artikel mengenai isu Sabah FC yang dilaporkan sebelum ini. 

Sabah Nafi Ada Masalah Tunggakan Gaji Selama Tiga Bulan

3 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Pemain Sabah Boikot Sesi Latihan

Realiti Bola Sepak Malaysia Daripada Situasi Perak Dan Sabah, Mana ECP?

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group