Menjelang perlawanan pertama skuad Malaysia U23 berdepan pasukan Laos esok, penyerang muda berpotensi negara, Luqman Hakim memberikan komen yang cukup optimis mengenai apa yang mahu dicapai oleh beliau dan rakan sepasukan.

“Setelah 4 hari di Mongolia ini, kami melakukan persiapan dengan sangat baik.”

“Mentaliti kami pun sudah bersedia untuk lawan Laos esok. Bagi saya tak ada masalah sebab kawan-kawan saya semua dah bersedia dah.”

“Jadi, hanya untuk menang sahaja.”

Ketika ditanya mengenainya yang sudah pun dikenali oleh pasukan Laos dan berkemungkinan akan dirantai pergerakannya ketika perlawanan esok, Luqman Hakim memberikan respon

“Bagi saya sendiri, itu tak menjadi masalah. Kami pasukan Malaysia pun tidak ambil mudah bertemu Laos. Untuk saya, itu perancangan dia (Laos), jurulatih Brad Maloney pun ada perancangan tersendiri.”

“Itu biasalah (dirantai pergerakan oleh lawan). Sebagai striker, mesti ada orang target punya. Saya kena bijaklah dan jangan ambil mudah.”

Menjawab soalan mengenai peluang kemenangan untuk Malaysia dalam perlawanan pertama esok, Luqman jelas memiliki satu ‘winning mindset’ apabila beliau hanya melihat kemenangan berdepan Laos dan bukan seri atau kalah.

“Semestinya! Itu target untuk team. Bagi saya of course lah, kita kena menang. Tak boleh ambil mudah, team kena menang. Semua pemain kena bagi something untuk menang.”

“Target kami semua untuk menang je. Tak nak kalah, tak nak seri, nak menang je.”

“So, untuk perlawanan esok kami akan bagi rakyat Malaysia happy. Semestinya menang.”

Skuad Malaysia U23 yang dibimbing oleh Brad Maloney, berada dalam kumpulan J bersama Laos, Thailand dan Mongolia akan cuba melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan AFC U23 2022 yang akan berlansung di Uzbekistan selepas China menarik diri selaku tuan rumah.

Juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan AFC U23, manakala 4 naib juara terbaik juga akan layak.

Senarai penuh pemain Malaysia U23 ke Mongolia adalah seperti berikut.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan eperti dibawah.

Gaji Naik 160% Serta Peluang Merebut Tempat Ke AFC Cup Ditolak Mentah-Mentah Oleh Pemain Liga Premier

“B. Sathiananthan Tak Faham Sistem NFDP”. Lelaki Ini ‘Counter’ Dakwaan Mengenai NFDP Yang Dibangkitkan.

Kelayakan Akhir Piala Asia 2023 Diadakan Secara ‘Karnival’ Berpusat Dan Perlawanan ‘Single Round Robin’