Skuad Thailand bawah 23 tahun (B-23) kini sudah berada di Mongolia bagi menghadapi saingan Kelayakan AFC B-23 yang akan bermula pada 25 Oktober ini. Mereka tiba lebih awal untuk membiasakan diri dengan keadaan suhu sejuk yang boleh mencecah -9 celsius.

Malah, Thailand kali ini membawa barisan terkuat seramai 27 orang pemain sebelum dikecilkan kepada 23 pemain sebelum sepak mula perlawanan pertama.

Pasukan ini diketuai oleh pengurus pasukan iaitu Nualphan Lamsam yang dikenali sebagai ‘Madam Pang’. Thailand yang berada satu kumpulan dengan Malaysia, Mongolia dan Laos dibimbing oleh bekas pemain import Kelantan, Worrawoot Srimaka.

Turut tersenarai dalam skuad ini ialah 4 pemain yang berpengkalan dari luar negara iaitu Thanawat Suengchitthawon dari kelab EPL (Leicester City), Jonathan Khemdee dari kelab Superliga Denmark (Odense BK), Owen Charlie Reinat (Thes Sport) dan Benjamin Davis dari Oxford United.

Thanawat beraksi di posisi tengah sebelum ini pernah membantu skuad senior dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 di Dubai dan beliau turut beraksi ketika menentang Malaysia. Manakala Benjamin Davis pula sudah menyarung jersi Thailand ketika dalam saingan Sukan SEA tahun lepas.

Jonathan Khemdee yang berusia 19 tahun adalah antara muka baharu yang dipanggil menyertai pasukan itu. Pemain berdarah kacukan Thailand dan Denmark ini mempunyai ketinggian 188 cm dan beraksi di posisi pertahanan tengah. Begitu juga dengan Owen Charlie Reinat yang baru pertama kali menyertai skuad ini.

Jika Malaysia tidak dapat menggunakan khidmat tonggak JDT, Arif Aiman, Thailand juga tidak membawa bintang muda yang mempunyai 7 kaps dengan skuad senior di pentas antarabangsa iaitu Suphanat Mueanta. Kebanyakan pemain dalam pasukan ini berusia bawah 22 tahun.

Thanawat Suengchitthawon dilantik sebagai kapten pasukan dan akan mengetuai jentera tengah untuk merebut tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 tahun depan.

“Sasaran kami adalah untuk menngutip 9 mata maksium. Saya tidak rasa apa-apa tekanan. Tetapi saya rasa lawan kali ini tidak jauh beza dengan pasukan kami.

“Kami telah membuat persiapan rapi sebelum tiba di Mongolia. Cuaca sejuk bukan masalah utama kerana kebanyakan pemain sudah mempunyai pengalaman beraksi dalam suhu sejuk. Jika Thailand sejuk, Laos dan Malaysia juga sejuk,” kata Ketua Jurulatih, Woorawut Srimaka.

Barisan 27 pemain skuad Thailand B-23

PENJAGA GOL

Ronnachart Phuchum (Buriram United)
Kiadtiphon Udom (Rajpracha)
Kiadtisak Chaodon (Udon Thani)

PERTAHANAN

Theerapat Laohabut  (Ayutthaya United)
Kritsanapol Booncharee (Bangkok United)
Nakin Wisetchat  (Bangkok United)
Thawatchai Inprakhon (Buriram United)
Anthonio Sanjairag (Chonburi)
Sampan Kesi (Chonburi)
Jonathan Khemdee  (Odense BK)
Jaturapat Sattham  (Port)
Chanapat Buaphan (Rajpracha)
Owen Charlie Reinat (Thes Sport)
Anusak Jaiphet (Sukhothai)
Wanchat Choosong (Uthai Thani)

TENGAH

Sittha Boonlha (Assumption United)
Chayathorn Tapsuvanavon (Bangkok United)
Airfan Doloh (Buriram United)
Pongrawit Jantawong (Chiangmai)
Sakunchai Saengthopho (Kasetsart)
Thanawat Suengchitthawon (Leicester City)
Ben Davis (Oxford United)

PENYERANG

Guntapon Keereeleang  (Bangkok United)
Tawan Khotrsupho (Chiangmai)
Jakkit Palapon (Khon Kaen United)
Korawich Tasa (Muangthong United)
Teerasak Poeiphimai (Prime Bangkok)

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Shin Tae-yong Tak Letak Sasaran Juara Piala Suzuki AFF 2020

Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa

Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman