Penyerang muda negara, Luqman Hakim beraksi selama 90 minit bersama skuad KV Kortrijk B-21 tahun pada aksi Jupiler Pro League B-21 tahun menentang Waasland Beveren baru-baru ini.

Perkara ini dikongsikan oleh KV Kortrijk Malaysia di laman media sosial Instagram dimana ini merupakan kali kedua Luqman diturunkan dalam kesebelasan utama skuad B-21 tahun dibawah bimbingan Kurt Berton selepas kali pertama ketika Kortrijk turun menentang KVC Westerlo pada 22 Ogos lalu.

Ini merupakan perkembangan positif dari Luqman memandangkan beliau kini sudah mendapat kepercayaan pengendali untuk membarisi kesebelasan utama dalam perlawanan liga sekaligus memberikan minit bermain yang konsisten bagi pemain berusia 20 tahun itu.

Sebelum ini, Pemain Ke-12 berkongsi maklumat dimana ada cubaan dari KV Kortrijk untuk meminjamkan Luqman ke kelab lain untuk mendapatkan minit permainan yang lebih banyak sebelum saingan musim 2022/2023 membuka tirai.

Pemain Ke-12 tidak menyebut secara spesifik kelab mana yang cuba untuk dijadikan sebagai destinasi seterusnya bagi Luqman namun mereka menyenaraikan beberapa negara seperti Jepun, Perancis dan Norway.

Tambahnya, Kortrijk akan mencuba sekali lagi bagi meminjamkan Luqman ke pasukan lain pada jendela perpindahan musim sejuk yang bakal dibuka pada Januari 2023.

Setakat ini, Luqman Hakim masih belum beraksi bersama skuad senior dimana baru-baru ini, Kortrijk yang dibimbing oleh pengurus baharu iaitu Adnan Custovic mencatat kemenangan dimana mereka menewaskan KAS Eupen dengan keputusan 1-0.

Pada perlawanan yang seterusnya, Kortrijk akan berdepan KV Mechelen di laman sendiri dan sekiranya mencatat kemenangan, mereka berpeluang untuk menduduki tangga ke-8 dalam carta liga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

EPL: Manchester United Benam Arsenal, Antony Skor Pada Debut

Tanda Solidariti Untuk Ukraine, Norway Umum Gantung Mathias Normann Daripada Mewakili Pasukan Kebangsaannya