Ada cubaan dari KV Kortrijk untuk meminjamkan penyerang muda negara, Luqman Hakim ke kelab lain untuk mendapatkan minit permainan yang lebih banyak sebelum saingan musim 2022/2023 membuka tirai.

Perkara ini dikongsikan oleh Pemain Ke-12 di laman media sosial Twitter dimana atas sebab-sebab tertentu, perkara itu tidak dapat dilaksanakan sekaligus Luqman kekal beraksi di Belgium.

Pemain Ke-12 tidak menyebut secara spesifik kelab mana yang cuba untuk dijadikan sebagai destinasi seterusnya bagi Luqman namun mereka menyenaraikan beberapa negara seperti Jepun, Perancis dan Norway.

Tambahnya, Kortrijk akan mencuba sekali lagi bagi meminjamkan Luqman ke pasukan lain pada jendela perpindahan musim sejuk yang bakal dibuka pada Januari 2023.

KV Kortrijk ketika ini menduduki tangga ke-17 selepas mengharungi enam perlawanan dimana mereka hanya mampu menang satu perlawanan, satu seri dan mengalami empat kekalahan.

Luqman Hakim berada dalam skuad utama pada perlawanan pembukaan Jupiler Pro League menentang OH Leuven yang menyaksikan Kortrijk tewas dengan keputusan 2-0.

Ketika aksi pra musim, Luqman beraksi dalam dua perlawanan ketika menentang KV Mechelen dimana beliau beraksi selama 17 minit dan juga pada aksi menentang kelab Belanda, FC Dordrecht yang mana Luqman beraksi selama 20 minit.

Satu gol dalam aksi persahabatan merupakan satu perkara baik bagi Luqman dimana beliau membuktikan yang beliau mampu untuk mencipta jaringan apabila diberikan peluang untuk beraksi.

Apa yang penting penyerang muda negara ini perlu mengekalkan momentum dan prestasi sekaligus menambat hati pengendali Kortrijk, Karim Belhocine bagi memberinya peluang untuk beraksi dalam saingan liga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Shearer Sindir Liverpool: “Masa Tambahan 5 Minit, Skor Minit Ke-98 [Zip Mulut]”

Berjaya Dapatkan Wesley Fofana, Lineker Anggap Chelsea Miliki Pertahanan Paling Berbakat Di Dunia