Dua pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh menerima kritikan pedas dari peminat setelah tampil longlai pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Filipina di Stadium Nasional, Singapura semalam.

Malaysia berjaya meraih kemenangan pada aksi pertama Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih dimana dua jaringan pemain sayap, Akhyar Rashid pada separuh masa pertama sudah cukup untuk pasukan negara mencatat kemenangan ke atas The Azkals.

Kejayaan menewaskan pasukan di ranking ke-129 dunia itu bukan sahaja meningkatkan moral barisan pemain negara, malah ia turut menamatkan penantian 15 tahun skuad Harimau Malaya untuk menewaskan lawan tersebut.

Peminat rata-rata memuji prestasi yang ditampilkan oleh pemain negara seperti Dion Johan Cools, Ahmad Khuzaimi Piee, Akhyar dan Safiq Rahim. Namun tidak untuk Liridon dan Sumareh.

Kedua-dua pemain dibawa masuk pada separuh masa kedua oleh Pan-gon dimana beliau mahu melihat sejauh mana kemampuan Krasniqi dan Sumareh bersama pasukan negara.

Pemain tengah Odisha FC di Liga India itu dilihat bergelut untuk mengisi bahagian tengah dan sering kali hilang punca sekaligus menjejaskan corak permainan yang diterapkan.

Bagi Sumareh pula, beliau kerap kali mensia-siakan peluang yang dimiliki di hadapan gol sekaligus mengagalkan usaha pasukan negara untuk mencari lebih banyak jaringan.

Liridon Krasniqi
Sumber Gambar: FAM

Banyak yang perlu diperbaiki oleh kedua-dua pemain sekiranya masih mempunyai niat untuk terus beraksi bersama skuad kebangsaan dibawah bimbingan Pan-gon pada masa akan datang.

Selepas menang ke atas Filipina, pasukan negara akan menghadapi Singapura pada perlawanan seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada 26 Januari.

Pan-gon dijangka tidak akan membuat banyak perubahan dalam kesebelasan utama selepas pemain yang diturunkan pada perlawanan menentang Filipina menampilkan prestasi yang baik.

Malaysia akan menutup jelajah perlawanan persahabatan di Singapura dengan menentang Albirex Niigata Singapore pada 28 Mac.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Perlawanan Persahabatan: Era Baharu Harimau Malaya Bermula Dengan Langkah Kanan

Kim Pan-gon Pikul Dua Tugas Sebagai Pengurus Dan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Pemain Mana Yang Layak Untuk Menjadi Kapten Skuad Harimau Malaya?