Gary Lineker telah mengiktiraf Lionel Messi sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman atau GOAT (Greatest Of All Time) berbanding Cristiano Ronldo selepas persembahan hebat penyerang itu dalam kemenangan 3-0 Argentina menentang Croatia.

Argentina menempah tempat mereka ke final Piala Dunia Ahad ini dengan kemenangan selesa menentang pasukan dari Eropah itu.

Messi menginspirasikan kemenangan itu, menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi gol ketika dia berusaha untuk mencapai matlamat penting kariernya pada hujung minggu ini.

Perlawanan akhir Ahad kemungkinan akan menjadi penampilan terakhir Messi di Piala Dunia dan, setelah menamatkan saingan sebagai naib juara pada 2014, ia adalah peluang terakhirnya untuk memenangi pertandingan itu.

Jika Messi menjulang Piala Dunia pada hujung minggu ini dia akan sebaris dengan legenda seperti Diego Maradona dan Pele yang memiliki kejuaraan dunia di dalam kabinet mereka.

Sementara itu, Lineker menganggap prestasi Messi membawa Argentina ke final buat kali kedua selepas 2014, adalah sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia adalah GOAT sebenar.

Lineker mempersoalkan sama ada persoalan tentang GOAT antara Messi dan Ronaldo masih relevan?

“Adakah masih ada perdebatan? Bertanya untuk GOAT” tulis Lineker menerusi tweet beliau.

Lineker membangkitkan isu itu selepas dia dihentam teruk sebelum ini kerana mempersoalkan ada pihak yang melabel Cristiano sebagai GOAT sedangkan ada pemain seperti Messi dan Maradona dalam sejarah bola sepak.

LaLiga ambassador Lineker, 60, was asked about his public declarations of admiration for Messi and Maradona.

“Ada pemain yang hebat seperti 2 orang Ronaldo, sebagai contoh, saya anggap mereka sebagai penjaring gol luar biasa.”

“Diego [Maradona] dan Leo [Messi] pun sama, dalam setiap perlawanan, ada dua atau tiga perkara yang saya dan hampir semua pemain lain tak mampu buat dalam karier mereka.”

“Diego dan Leo bermain sukan yang berbeza. Saya juga sukakan Cristiano, saya hormati dia dan dia pemai hebat.”

Selepas Lineker membuat komen tersebut, Ferdinand memgakui Cristiano Ronaldo bertanya, kenapa Lineker menganggap Messi lebih bagus berbandingnya.

Argentina kini menunggu siapakah lawan mereka daripada pemenang dalam satu lagi aksi separuh akhir antara Perancis dan Maghribi.

Pasukan Didier Deschamps menjadi pilihan ramai untuk mara tetapi Maghribi telah mengecewakan beberapa pasukan besar lain dalam tiga minggu terakhir, menewaskan Belgium, Sepanyol dan Portugal dalam perjalanan mereka ke final.

Raphael Varane malah meminta rakan rakannya tidak terleka dengan status pasukan pilihan yang diberikan oleh kem Maghribi kepada Perancis.

Kerana menurutnya itu cuma perangkap dan umpan semata mata agar Perancis mulai hilang fokus dan terlebih yakin berdepan dengan pasukan yang dianggap Varane sebagai sangat kuat secara kolektif.