Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim nyata kurang senang dengan pihak yang mempersoalkan sama ada beliau kini memegang jawatan dalam mana-mana pasukan atau menganggur.

Teong Kim membalas komen salah seorang peminat di laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau menasihati peminat itu agar menjaga tepi kain sendiri dan tidak mempersoalkan mengenai situasi semasa beliau.

“Saya menganggur atau tidak, itu bukan masalah kamu. Pastikan kamu ada kerja dan tiap-tiap bulan menerima gaji. Jangan pula kamu jaga tepi kain orang. Jangan pula kamu tiada pendapatan, susah bagi kamu nanti. Saya tiada kerja pun tidak mengapa,” kata Teong Kim.

Baru-baru ini Lim Teong Kim memberikan komen dimana beliau menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) di atas kegagalan skuad B-23 tahun negara melepasi peringkat kumpulan saingan AFF B-23 Tahun.

Menurut Teong Kim, punca kegagalan skuad B-23 tahun negara kendalian Brad Maloney dalam saingan kali ini adalah kerana FAM dan MFL tidak mengadakan liga yang kompetitif bagi pemain remaja di Malaysia.

“Saya sudah banyak kali berkata jika FAM dan MFL tidak mengambil tanggungjawab mereka untuk menjalankan liga remaja, jangan harap bola sepak Malaysia akan maju. Pembangunan seseorang pemain mestilah melalui proses pembangunan akar umbi yang sistematik.

“Mereka yang seharusnya menyediakan landasan untuk pembangunan bola sepak di Malaysia. Apa yang perlu dilakukan ialah liga remaja, pemain import hanya perlu menggunakan tiga pemain bagi pasukan Liga Super dan Liga Premier. Pasukan pembangunan yang beraksi di Liga Premier tidak boleh ada pemain import.

“Pemain-pemain yang beraksi menentang Laos tidak boleh disalahkan kerana proses pembangunan FAM yang tiada sistem teratur. FAM memerlukan pemimpin yang mempunyai kualiti dalam memimpin, bukan seperti badut,” katanya.

Teong Kim juga menegaskan mustahil untuk beliau menjadi presiden FAM kerana dalam badan induk bola sepak negara itu terdapat ramai kroni.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

RASMI: Kuala Lumpur Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kumpulan H AFC Cup 2022

Hanya JDT Miliki ‘Bespoke Jersey’ Nike Dan Kelab Premium Tunggal Di Rantau Asia Tenggara Ketika Ini

Pelantikan E.Elavarasan Terima Reaksi Pelbagai Dari Peminat